Tahun Baru Azam Baru

JUS TOKGURU : set pelajar





Beli set pelajar jus tokguru yang mengandungi Jus Tokguru, Kismis dan Abqari.
- Jus Tokguru RM 20.00
- Kismis RM 10.00
- Abqari RM 15.00


JUS TOKGURU
Jus Tok Guru merupakan gabungan makanan sunnah yang disebut di dalam Al- Quran dan Hadith:
* Untuk menambahkan tenaga
* Untuk mencantikkan kulit
* Mengatasi rasa mengantuk dan keletihan

KISMIS
Kismis ini telah dibacakan Ayat-Ayat
Al-Quran dan didoakan oleh Ustaz dan
Para pelajar Maahad Tahfiz Nikmatillah Pulau Melaka, Kelantan.

Jadikan amalan memakan kismis setiap pagi untuk kecerdasan minda,
menguatkan daya ingatan dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
Khasiat dan Faedah
Menghilangkan Penyakit Lupa
Menguatkan daya ingatan
Mencerdaskan minda
Membersihkan hati
Mencerahkan mata
Menghilangkan balgham

Sesuai digunakan:
Sesuai digunakan untuk kegunaan
Otak dan Minda
Sesuai untuk yang menuntut ilmu
Sesuai untuk mereka yang belajar menghafaz Al-Quran
Sesuai untuk mereka yang belajar menghafaz Hadith.
Sesuai untuk Para Hafiz dan Hafizah
Cara Guna:
Kanak-kanak : 5-7 biji
Dewasa : 7-11 biji
Hafiz & Hafizah : 21 biji

Makan pada waktu sebelum makan.
Dinasihatkan jangan memakan makanan masam, jeruk, epal masam dan kepala ikan.

ABQARI
Abqari menggunakan TULISAN ayat-ayat Al-Quran yang terpilih untuk ikhtiar rawatan penerang hati dan menguatkan daya ingatan dan hafalan. Adalah digalakkan para pelajar menjadikan abqari sebagai air minuman amalan setiap hari sebelum ke sekolah. Diharap dengan adanya produk ini dapat membantu lebih ramai pelajar mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

Khasiat dan Faedah
Menguatkan ingatan dan hafalan.
Menghilangkan rasa gementar dan gugup.
Menjadikan fikiran lebih memberi tumpuan (fokus)
Mengelakkan gangguan syaitan.
Menggalakkan dan menyuburkan keimanan dan
ketakwaan.

Nasihat tok guru supaya tidak
mencampurkan air zam-zam
dalam minuman ini
Sesuai digunakan untuk:
Kecerdasan Otak dan minda
Keseimbangan EQ dan IQ

Cara Guna :
Baca Al-Fatihah, berselawat dan niat mengikut hajat
Minum Berterusan.
Boleh campur ke dalam sebarang masakan dan boleh disapu pada muka dan kepala.
7-21 titik ke dalam air minuman atau sebarang masakan.

SCORE 'A' : banyak membantu irfan



setiap kali kali cuti hujung tahun, kami selalu membeli buku-2 latihan untuk irfan bagi mengisi masa cuti, biasanya kami beli beberapa set untuk satu subjek, ya lah untuk mengelakkan kerja dah buat tapi kita tak sempat nak tanda buku.

tapi sekarang tidak perlu beli buku dan tak perlu tanda buku lagi, sebab kami dah berlanggan SCORE-A. satu program yang reka khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. lebih-lebih lagi tahun ini irfan nak menghadapi UPSR dan PSRA.

irfan hanya perlu buka komputer dan sambungan internet, klik www.score-a.com.my masukkan user ID dan password. irfan ada banyak pilihan.

e-Topics : untuk latihan biasa. subjek UPSR [BI, BM, Math, Sc], setiap topik disediakan 3 set soalan bagi tahun 4,5 dan 6. BI mengandungi 18 topik [18x3x3=162 set], BM ada 25 topik [25x3x3=225 set], Math ada 11 topik [11x3x3=99 set], dan sains ada 7 toipk [7x3x3=63 set]. semua itu kita tak payah tanda, otomatik dapat markah setiap kali selesai buat latihan. dan markah akan terus dihantar ke handphone kita, senang kan.

e-Assessment : macam ujian bulanan, ada tiga tahap setiap subjek. pelajar mesti melepasi tahap satu untuk menyelesaikan ketiga-tiganya.

e-Trial Exam : persediaan akhir menjelang exam. BI ada 8, BM=8, Mt=6, Sc=6.

e-Past Year : bank soalan thn lepas sejak tahun 1993. wah banyak tu.

ANDA BERMINAT ??? hubungi ust arifin 012-2105104 atau emel arifin.aziz@gmail.com

harga ??? hanya RM 596/setahun untuk dua orang anak.
(promosi hingga akhir mac 2010)
cepat !!! masa terhad.





soalan-soalan lazim score-a

1. Apakah Score A Programme™?
Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.


2. Apakah Pembelajaran Input?
"Pembelajaran Input" adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan "Pembelajaran Input". Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya "Pembelajaran Input", dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, anda perlu "Pembelajaran Output" .


3. Apakah Pembelajaran Output?
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.


4. Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif


5. Kenapa eReport Card dalam Score A Programme™ penting?
eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.


6. Apakah aras dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme™?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Score-A Programme™, dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 3. Score-A Programme™ juga merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Score-A Programme™ direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR dan PMR.


7. Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.


8. Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.


9. Mengapakah Score A Programme™ hanya menumpu pada soalan dalam bentuk objektif?
Kerana Score A Programme™ menggunakan teknik Pembelajaran Output dan menguji para pelajar atas tahap pengetahuan dan kefahaman mereka menerusi dalam bentuk objektif.


10. Adakah bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani Score A Programme™ berpatutan?
Ya, Score A Programme™ adalah satu program yang mampu diguna oleh semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat.
i. Harga Score A Programme™ berdasarkan "satu keluarga". Oleh itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga, yuran pembayaran akan lebih murah.
ii. Score A Programme™ membenarkan setiap pengguna untuk berlatih dengan soalan peperiksaan yang tersedia berulang kali dengan tidak terhad, tanpa perlu membayar wang yang lebih. Program ini adalah berdasarkan konsep - "berlatih mencapai kesempurnaan"
iii. Score A programme™ memberi peluang kepada setiap pengguna ke tahap-tahap berlainan.

JUS TOK GURU : cubalah


JUS TOK GURU minuman sebagai pemakanan tambahan yang merupakan gabungan pemakanan yang dinyatakan dalam al-qur'an dan al-sunnah. Ia boleh memelihara kesihatan tubuh badan, mengatasi masalah kesihatan, merangsang seterusnya meningkatkan kemampuan minda dan mencegah rasa letih dan ngantuk.


8 pemakanan terbaik yang disebut dalam al-qur'an dan al-sunah ;


DELIMA

Firman Allah ta'ala, “Dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta delima yang sama dan tidak sama bentuknya, perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya…”

Surah Al-An’am ayat 99

KISMIS

Dalam TIBB AN-NABAWI dinukilkan, “Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit, dan mengharumkan bau hidung serta mulut.”

KURMA

Firman Allah, “Dan goyanglah pangkal pokok kurma itu ke arahmu, nescaya pokok itu akan mengugurkan buah yang masak kepadamu maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.” Surah Maryam ayat 25-26

HABBATUS SAUDA

Sabda Rasulullah saw, “Tetaplah kamu dengan habbatu sauda’ ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali maut. Riwayat Bukhari dan Muslim.

ZA’FARAN

Ali bin Abi Talib karamallah wajhah menyatakan, “sesiapa yang mengambil za’faran dan su’ di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya sehingga ia boleh jadi dituduh melakukan sihir.”

MADU

Firman Allah, “dari perut lebah itu keluar minuman iaitu madu yang bermacam-macam warnanya di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.” Surah An-Nahl ayat 68-69

ZAITUN

Firman Allah, “dari pohon zaitun itu yangberasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan.”

Surah Al-Mukminin ayat 20


berminat ?? hubungi ustaz arifin aziz sekarang.


araz : o.k lah, ana cuba


RAYA : Selamat Menyambutnya Dengan Ketulusan



Selamat Hari Raya Ied al-Fitri
Mohon Maaf Zahir dan Batin
Minal 'Aidin wal Faizin
Taqabbalallah minna wa minkum

Semoga hati kita kembali ke fitrahnya
kembali ke kesucian sebenar, sesuci lebaran.

Ayah ibu, nyuwun pangapuranipun
adik-adik, udah ku maapin semua kekhilafanmu
isteriku, saya maafkan dan doakan semoga menjadi isteri yang solehah
anak-anakku, semoga kamu semua menjadi anak yang soleh/ah sentiasa mendoakan kami.
sahabat handai, selamat raya, kosong-kosong.

araz : maaf banyak-banyak ya ...

ANAK BULAN : Jom tengok live ...



Mari tengok anak bulan di



Tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang 18 September 09 ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan.
Sebanyak 29 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.
Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Balai Cerap Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pantai Acheh Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah;Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Kemuning, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu.Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kula Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

RAMADHAN : sudahkah anda minta ampun ?



Ramadhan, bulan yang mulia dan dimuliakan, akan beredar meninggalkan kita.

Adakah kita sudah dan akan mengambil peluang yang Allah beri pada sepuluh hari terakhir ini untuk memohon 'itqun minan nar' / terhindar daripada api neraka ?

Rasulullah mengingatkan kita, "Alangkah sia-sia dan rugi, mereka yang melalui Ramadhan namun tidak mendapat keampunan."

araz : Ya allah ampunilah daku, ibubapaku, keluargaku, adik-beradikku, sahabat handaiku, jiran-2ku dan yang mengenali diriku, serta muslimin dan muslimat

LAILATUL QADR : cari jangan tak cari


[bila kali terakhir kita sujud] ???

"pokok sujud'

"batu sujud"

Satu malam yang 'special' dianugerahkan oleh Allah kepada umat Islam dalam bulan Ramadhan yang ganjarannya bersamaan dengan 1000 bulan amalan. Bila malam itu terjadi ? adalah menjadi rahsia Sang Pencipta. Justeru, tugas kita untuk mencari dan mencari. Diceritakan bahawa antara tanda-tandanya ialah angin bak sepoi-2, langit sangat cantik, pokok tunduk khusyuk, pendek cerita seluruh isi alam semesta alam sedang beribadah tunduk patuh kepada Sang Pencipta.

Dalam mencari lailatul qadr, bukan dengan cara melihat pokok tunduk ke tidak, bukan dengan cara melihat langit apa dah jadi.... tetapi dengan membanyakkan amalan seperti solat sunat, membaca al-qur'an, bersedekah, berzikir, berwirid, dan banyak lagi amalan yang baik.

Rasulullah memberi 'hint', carilah di sepertiga akhir ramadhan pada malam ganjil. Inilah masanya kita memburu satu anugerah Allah yang menjadi rebutan semua umat Rasulullah.

Araz : dah cari.

7997 : mawaddatan wa rahmatan

7997 hari walimatul'ursy saya.
6/9/97, dua belas tahun yang lalu di masjid negeri shah alam,
dengan sekali lafaz telah termeterailah ustaz arifin dan faridah menjadi sepasang suami isteri yang sah dihadapan wali dan saksi serta tok kadi, imam masjid seksyen 16, masa itu.

12 tahun adalah masa yang matang untuk sebuah bahtera keluarga
pelbagai onak duri, ujian, dugaan, cubaan kami berdua harungi.

semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa.
allahummarzuqna mawaddatan wa rahmatan wa mahabbatan alaina.

araz : amin

TARAWEH : solat taraweh di as-syakirin



Tradisi tahunan, Sekolah Integrasi As-Syakirin menganjurkan
Program Buka Puasa, Ceramah Agama dan Solat Taraweh.
Solat Taraweh ditunaikan sebanyak 8 rakaat diikuti 3 rakaat witir.
Sama macam Rasulullah buat, seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a
"Rasulullah menunaikan solat malam sebanyak 8 rakaat diikuti 3 witir
didalam Ramadhan mahupun di luar Ramadhan."

Sdr Mohd Hidayah Al-Muqri' (tingkatan 5) menjadi imam taraweh
saya cadang tak payah pakai bilal taraweh,
tapi Tn Hj Suhaimi Mahmood, YDP PIBG menawarkan diri menjadi bilal malam tu,
tabik dan respect.

araz : ramai yang datang malam tu, tak nampak jemaah kat belakang

KHATAM : Khatam Al-Qur'an di Bulan Ramadhan


Pagi tadi, selepas solat dua rakaat tahajjud dan tiga witir,
saya khatamkan al-Qur'an dengan bacaan ad-dhuha ke an-nas disambung 5 ayat al-baqarah.
[ di luar ramadhan saya tunaikan 2+2 tahajjud + 1 witir,
di dalam ramadhan selain taraweh + 2 tahajjud + 3 witir ]

ada lagi duapuluh hari untuk cuba mengkhatamkan al-qur'an sekali lagi,
Insya Allah, saya jadikan tradisi pribadi satu sunnah nabi ini,
tahun lepas dapat satu setengah tahun ini cuba lagi,

semoga tahun-tahun hadapan saya dapat istiqamah atau lebih baik lagi.

araz : bacaan al-qur'an akan menjadi penerang di alam kubur dan peguambela masa di'hisab' serta menjadi teman di akhirat.