Pages

Friday, 24 July 2009

SEPETANG BERSAMA MADIHAH : menyebar semangat 20A




Sdri Nik Nurmadihah, pemegang rekod A terbanyak SPM, 20A SPM 08, datang ke As-Syakirin petang ini, jam 3.00-4.30 ptg untuk menceritakan semula rahsia kejayaannya dan untuk berkongsi suka-duka serta memberi semangat kepada pelajar as-syakirin untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat, majlis itu di adakan di Dewan Sekolah Integrasi As-Syakirin Shah Alam

"adik-adik kena berpegang teguh kepada hablum minallah dan hablun minan nas" katanya.

selama satu jam lebih pelajar terpukau oleh kelantangan dan kelajuan serta kepetahannya berucap.
araz : semoga anak-anak kita berjaya dan menjadi idola.

BILAL : pengumandan seruan langit




PTS akan melancarkan buku terbarunya "BILAL BIN RABAH : pengumandang seruan langit karya yang tak asing lagi bagi novel islam, Pak Latip ( Abdul Latip Talib )
sebuah buku yang mesti dibaca oleh remaja bagi menggugah semangat di dada.

araz : hubungi en salehuddin, bhg pemasaran. nak beli dengan saya pun boleh jugak

CARADE AURA : kurinduimu




Selama 40 hari saya bersama daihatsu carade aura hijau yang ustaz suhaimi pinjamkan untuk urusan hijrah training & management menguruskan program spies, kini saya kena pulangkan ke pangkuan empunya, malam tadi.

rindu pulak rasanya, macam-macam pengalaman bersama carade aura hijau ni, suka duka, sedih gembira. pernah ia disumbat banyak barang-2 spies bahkan selama ini ia menjadi stor dan pejabat berjalan.

jumpa lagi lepas raya.

araz ; nangis.. ya ada orang nangis kat dalam tu dulu. bukan saya kok.

Thursday, 23 July 2009

AYAM PANGGANG KENYALANG : memang lazat





Semalam, saya dan irfan singgah di Restoran Singgahan Rasa, sebelah kanan Hero, sebelah kiri SevenEleven Seksyen 13 Shah Alam. Mata tertuju ke ayam golek di tepi restoran.

"Ayam golek setengah, berapa ringgit" saya order.
"Sembilan Ringgit" jawab peniaga.
"Apa jenama ayam golek ni," usik saya bergurau.
"Ayam Panggang Kenyalang." jawabnya. Oh ada nama rupanya.
"Apa istimewanya ???"

"Ayamnya pun dah istimewa, kicap buatan sendiri, sosnya pun buatan sendiri."
Cuba try, memang sedaaap.
puas hati.

araz : hujan tiga hari ini umpama mendungnya wajahmu minggu ini. adakah ini salahku ?

Tuesday, 21 July 2009

ISRA' MIKRAJ : implementasi dan aplikasinya


Isra' ialah perjalanan malam Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Mikraj ialah perjalanan menuju ke Sidratil Muntaha di Langit ke tujuh. Perjalanan ini sebagai hadiah untuk menghibur Rasulullah yang pada tahun itu kehilangan isterinya yang tercinta dan pak ciknya yang tersayang, maka Rasulullah dijemput oleh Allah berjalan-jalan malam (isra') menggunakan buraq ditemani oleh Malaikat Jibril.
Lebih daripada itu, Allah menjemput Rasulullah untuk mewajibkan 'solat' secara langsung daripada Allah, berbeza dengan amalan lain yang disampaikan melalui malaikat jibril. Solat memberi interprestasinya yang tersendiri, justeru apabila Rasulullah bersabda, "as-solatu mikrajul mukminin" [ solat itu salah satu cara mikrajnya orang mukmin ] maka wajar kisah mikraj ini dirungkai dan diselami seterusnya dihadam.

Rasulullah memberi salam kepada Allah , ketika pertemuan tersebut,
"attahiyatul mubarakatus solawatut toyyibatu lillah"
Allah menjawab ;
"Assalamu alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullhi wabakatuh,"
Malaikat Jibril tidak ketinggalan mendoakan
"Assalamu alaina wa ala ibadillahis salihin."
maka kit sebagai hamba Allah dan sebagai umat Rasulullah patut berikrar
"asyhadu an la ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah."
masa berikrar tulah yang kena angkat jari.

Proses ini diulang dan diulang untuk pengajaran dan untuk amalan.
Bila drama pertemuan di atas seolah-olah berada dihadapan kita semasa bacaan tahiyat,
maka itulah yang diamalkan para wali, ia salah satu cara mencari khusyuk dalam solat.
Tahiyat adalah kemuncak solat.
Tahiyat boleh menjadikan seorang mukmin merasa 'live' nya mikraj.
Sama-sama kita men'tamrin' dan me'lazim'kan mikraj dalam solat.
Sama-sama kita mencari kekhusyukan solat melalui mikraj tahiyat.

araz : saya minta maaf malam ini tak jadi buat isra'/ perjalanan malam. tangguh minggu dpn

Monday, 20 July 2009

MU : kemenangan tipis ...





MU dalam bahasa kelantan maksudnya "kau", sedangkan DEMO maksudnya "awak", kurang lebih sama, perkataan "demo" lebih sopan cikit, kata orang kacukan kelantan dan trengganu.

Tapi MU yang dua minggu lepas 'panas' adalah DUN Manek Urai di kelantan. Ada pilihan raya kecil yang diadakan di MU. Di khabarkan oleh surat khabar bahawa calon PAS, Fauzi b Hj Abdullah menang tipis di MU mengalahkan Tuan Aziz Tuan Mat dengan mayoriti 64.

Minggu lalu, MU [manchester united] datang ke BJ (bukit jalil) untuk melengkapkan Tour Asia [malaysia, indonesia, korea, china] telah menang tipis 3-2 melawan malaysia team. Amri Yahya jadi hero petang tu, ia bukan lagi jago kampung lagi. bayangkan berapa ramai orang menonton perlawanan ini. belum lagi yang tengok via youtube. tahniah.

araz : mu dok gi MU ? mu dok kelih MU ? kawe pung.

Thursday, 16 July 2009

JEREBU : saya demam


Jerebu yang menyelubungi Shah Alam semalam, mengakibatkan saya dirundung demam. Kurang cergas sikit, nak pergi jumpa dokter hari ini.
walaupun hari ini saya puasa sunat, insya allah saya kuatkan hati.

Wednesday, 15 July 2009

KURSUS BAIKI KOMPUTER : banyak manfaatnya




Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) As-Syakirin akan mengadakan
Kursus Membaiki Komputer pada hari Sabtu, 18 Julai 2009 di makmal komputer as-syakirin. Kursus ini akan dikendalikan oleh En Mohd Yusof (AJK PIBG) ditaja oleh Telekom.
Penyertaan ini dibuka untuk guru-guru yang berminat.
Antara modul yang akan dibentangkan ialah ;
- mengenalpasti kerosakan kumputer
- mengenal dan mengenalpasti perkakasan komputer
- cara menformat komputer
- cara melawan virus komputer, dll
Peserta yang tamat kursus ini akan diberi sijil penyertaan.
berminat ???

KARIPAP LA TANSA : sedap


pagi-pagi pekena karipap La Tansa, memang sedap.
Kedai Makan La Tansa, seksyen 13, shah alam mempunyai resepi rahsia tersendiri
menjadikan penggemar-2 karipap beratur setiap pagi.

Monday, 13 July 2009

ETNIK UIGHUR : saudara seagama yang sedang menderita





Hampir separuh daripada 20 juta penduduk Xinjiang adalah Uighur, sementara penduduk Urumqi, yang terletak kira-kira 3,300 kilometer di barat Beijing, sebahagian besarnya adalah masyarakat China Han.
Golongan Uighur yang membantah penahanan saudara mara mereka turut bertempur dengan polis. Ramai wanita menjerit-jerit dan menunjukkan kad pengenalan suami, abang atau anak lelaki mereka yang ditahan beramai-ramai dalam tindakan yang menyusuli
rusuhan di Urumqi, Ahad lalu.
Di samping Tibet, Xinjiang adalah kawasan paling sensitif dari segi politik di China dan di kedua-dua tempat, kerajaan mengekalkan kuasanya dengan mengawal amalan budaya dan agama, sementara berjanji akan membawa kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi.
Polis antirusuhan yang bersenjatakan belantan dan penghadang menolak penunjuk perasaan daripada kawasan kependudukan Uighur, tetapi penunjuk perasaan Han itu berjaya melepasi garisan polis buat seketika.
"Suami saya ditahan polis. Mereka tidak menyatakan sebabnya. Mereka hanya membawanya," kata seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Maliya.
Polis antirusuhan menembak gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan Han dan Uighur yang bertempur di kawasan kependudukan Muslim di Xinjiang, semalam, dua hari selepas kejadian rusuhan etnik yang mengakibatkan 156 orang maut dan lebih 1,000 orang cedera.

TAMRIN AMAL SYABAB : memantau program


Jumaat-Sabtu, 10-11 Julai 09, Saya memantau Program Amal Syabab As-Syakirin
kali ketiga sesi 2009. Program kali ini -semester dua-, guru-guru dibantu
oleh pelajar Tingkatan Empat.
Urusetia baru, program pun baru.
Tahniah kepada semua yang terlibat.

Wednesday, 8 July 2009

SPIES : mengubah paradigma belia




Saya, dijemput Hijrah Training untuk menguruskan SPIES BELIA ASAS [DUN DUSUN TUA] yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari sabtu-ahad, 4-5 julai 2009 di anjung rahmat inn jalan gombak kuala lumpur.
Seramai 117 belia mengikuti program percuma yang dianjurkan oleh exco pendidikan, pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan negeri selangor. program ini diwujudkan bagi membina satu masyarakat yang cemerlang melalui lima elemen (Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional & Social) menuju Selangor Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.
Slot yang telah mendapat lima bintang ialah "Kembara ke Alam Ketiga", ramai yang menangis mengenangkan hidup di muka bumi ini hanyalah sementara dan menuju ke alam seterusnya dengan bekalan minima. semoga tangisan itu berterusan menjadi pendorong ke arah kebaikan.
cerita dan gambar lebih lanjut lawat
www.hijrah-training.blogspot.com


araz: dimana teman yang menemani

KAKA : ta'aruf dengan peminat




Selepas presiden Real Madrid, Florentino Perez mengambil alih kembali tampuk pengurusan, sekali lagi dia mengulangi episod galaticos. Kalau dulu dia bawa Ronaldo, Beckam dan Zainuddin (Zidane), kali ini dia membawa Ronaldo dan Kaka, dua bintang muda yang sedang menyinar. Masing2 adalah pemenang anugerah berprestij.
Kaka, diberi no jersi 8, berpindah ke Real Madrid dengan bayaran RM 331 juta, telah diperkenalkan kepada 50.000 peminat di stadium Santiago.

araz : dedikasi untuk kaka malaysia dan calon tunangnya.

2

 
Design by Automotive | Bloggerized by Free Blogger Templates | Hot Deal