KEM ANAK SOLEH





Hijrah Training telah mengadakan Program Kem Anak Soleh Siri 1 pada 5-15 hb Disember 2011. Seramai 14 orang peserta sebagai perintis proram ini mendapat didikan fardhu ain, hafazan, motivasi dan pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan. Program seumpama ini akan diadakan setiap cuti sekolah di Dewan Abu Bakar, Hijrah Training Centre, Seksyen 20, Shah Alam.

Program ini mendapat sambutan ibubapa sebab pihak Hijrah Training hanya mengambil pelajar dalam kumpulan kecil bagi mengekalkan mutu dan kualiti peserta. Tumpuan juga lebih diberikan kepada setiap peserta memandangkan satu transkrip penilaian fardhu ain, hafazan, amalan solat, toharah, doa-2 & penilaian sikap berikan selepas program berakhir yang belum ada pada mana-2 kursus seumpamanya.