Pages

Friday, 23 November 2012

BIDARA @ SINAR HARIAN


Eksekutif Pemasaran Bidara Flour, Arifin Aziz menunjukkan tepung gandum yang dihasilkan.
Berikut adalah petikan daripada Akhbar Sinar Harian ruangan BISNES : Niaga Jaya keluaran hari Rabu, 14 November 2012.

TEPUNG GANDUM PERTAMA KELUARAN BUMIPUTERA

Wartawan : NURUL HIDAYAH HAMID

Wartawan Foto : WAN MUHAMMAD ASYRAF WAN ZAKARI

14 November 2012

terdapat juga versi elektronik, layari Tepung Gandum

Berpengalaman dalam bidang perusahaan tepung gandum hampir 12 tahun menjadi pemangkin kepada Ahmad Hassan melebarkan perniagaannya selepas mengambil alih salah sebuah syarikat pada penghujung 2009.

Secara tidak langsung, Ahmad merupakan usahawan Bumiputera pertama yang mengeluarkan tepung gandum walaupun terpaksa mengeluarkan modal besar termasuk mendapatkan bantuan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB). Pengeluaran tepung gandum di bawah kelolaan Bidara Flour Sdn Bhd mendapat permintaan tinggi dari hari ke hari sehingga mampu bergelar syarikat Bumiputera pertama sebagai pembekal tepung gandum.

Selain menguasai pasaran Malaysia, produk syarikat juga berjaya menembusi pasaran Singapura bagi produk sama dan bercadang membuka kilang memproses tepung dalam tempoh lima tahun akan datang.

Halal, berkualiti dan tanpa peluntur

Pemiliknya, Ahmad Hassan berkata, tepung gandum keluaran syarikatnya diimport khas dari Turki dan India, manakala Bidara Flour hanya melakukan proses menapis sebelum ia dibungkus. Menurutnya, tepung gandum berprotein tinggi diperoleh dari Turki manakala rendah protein diimport dari India.

"Tanpa penggunaan bahan kimia seperti Benzoyl Peroxide menjadikan tepung ini pilihan golongan pengusaha kilang, kedai kek dan individu. "Selaras dengan slogan 'Pilihan Utama Anda', syarikat berusaha memberi yang terbaik supaya misi tercapai, sekali gus menjadikan Bidara Flour pembekal tepung gandum ternama Bumiputera di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, syarikat sentiasa memastikan tepung gandum yang dihantar berkualiti dan memenuhi permintaan pelanggan serta dijual pada harga yang kompetitif. Menurutnya, tepung gandum Bidara Flour boleh didapati di pasar raya Mydin. Bagaimanapun, syarikat sedang berunding memasarkan produk itu di pasar raya besar Tesco dan Giant. "Selain itu, syarikat sedang menjalinkan usaha sama dengan jabatan kerajaan, pusat zakat dan organisasi lain yang berminat dengan produk jenama Bidara Flour," katanya.

Rancang buka kilang proses gandum

Ahmad berkata, sejajar dengan saranan kerajaan supaya Bumiputera lebih agresif terlibat dalam bidang ekonomi, Bidara Flour sentiasa bersaing untuk lebih maju ke hadapan. Menurutnya, bagi mencapai hasrat itu, syarikat merancang membina kilang pemprosesan gandum sendiri pada masa akan datang supaya pelanggan boleh mendapatkan produk tepung gandum buatan Bumiputera dengan lebih mudah.

“Kami juga berhasrat menghasilkan produk sejuk beku berasaskan tepung gandum seperti roti canai, capati dan sebagainya dengan jenama sendiri. "Syarikat juga menggalakkan pengeluar Bumiputera lain mengambil peluang menceburkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk industri tepung gandum," katanya.

Beliau berkata, perniagaan yang dijalankan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna khususnya Bumiputera

Friday, 9 November 2012

Ayahku Mutawif Haji


Seperti kebiasaan setiap tahun ayah saya, H.M. Busrowi Abdul Manan, menjadi pembimbing jemaah haji (Mutawif), tahun ini seramai 170 orang dibawah jagaannya. Semoga Allah memudahkan segala usahanya. Beliau dan rombongan dijangka tiba daripada Mekkah pada hari Ahad, 12 nov 2012. ikuti tulisannya di panduan haji

Tuesday, 6 November 2012

"iPHONE 5 GADJET IMPIAN" ku


iPhone merupakan pencetus fenomena gajet masa kini, kini dengan terlahirnya iPhone 5, ia masih lagi mempunyai aura dan menjadikannya sebuah gajet yang perlu ditandingi oleh pesaing. Kelebihan ? banyak perkara dibincangkan bila bercakap tentang gajet ini, namun dengan memilikinyapun sudah mampu menambah nilai si pemilik. hmm siapa yang tak sudi.
nak tahu ? banyak info di laman denaihati yang anda boleh layan. lawat : http://denaihati.com/tag/iphone-5
iPhone5 Malaysia Pertama
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, program yang tidak dirancang memang selalunya menjadi. Alhamdulillah dengan satu whatsapp kami dapat berkumpul di Restoran Horizon Garden, Seri Bangi. Dinner bersama Boss Besar Al Ansar dan teman-teman dari Bandung, Bangladesh dan Kota Kinabalu. baca lanjut : http://denaihati.com/iphone-5-malaysia-pertama
iPhone 5 Malaysia vs Singapore vs Hong-kong vs USA
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah ramai yang mencari iPhone 5. Terima kasihlah pada sahabat aku yang sudi hadiahkan iPhone 5 … jasa mu tak akan ku lupakan. Aku tertanya-tanya dari mana sahabat aku ni dapat iPhone 5 yang hanya khabarnya akan dilancarkan oleh Apple Malaysia akhir Oktober. Setelah ditelik-telik rupanya sahabat aku dapat iPhone 5 Hong Kong. Baru-baru ni terbaca perbincangan di Fanpage Amanz Network : Pertanyaan : Adakah iPhone 5 yang dibeli diluar boleh digunakan bersama-sama rangkaian LTE yang bakal diperkenalkan. Spektrum LTE Malaysia adalah 2600mHz, sementara pada iPhone 5 luar sekarang 1,800mHz, 2,100 mHz. Harap anda dapat membantu. baca lanjut : http://denaihati.com/iphone-5-malaysia-vs-singapore-vs-hong-kong-vs-usa
iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 drop test
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, iPhone 5 sudah mula menyerang dunia bermula daril. US, UK, Canada, Germany, Japan, Hong Kong, Singapore pada 21/9/12. Pencinta iPhone 5 sanggup beratur berhari-hari untuk mendapatkan gadget impian. Dijangkakan iPhone 5 Malaysia akan dilancarkan pada 26/10/12. baca lanjut : http://denaihati.com/iphone-5-vs-samsung-galaxy-s3-drop-test
iPhone 5 gambar dan video
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hari yang dinanti 12 September telah tiba iPhone 5 dilancarkan oleh Apple. Pelancaran ini akan menjawab semua persoalan dan ura-ura yang terus menjadi gosip sejak berbulan-bulan yang lepas. Mari sama-sama kita ikuti iPhone 5 Live Event daripada seluruh peminat iPhone 5. baca lanjut : http://denaihati.com/iphone-5-gambar-dan-video
iPhone 5 countdown
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, maka lengkaplah dunia Apple aku setelah kehadiran Macbook Air mengantikan Toshiba Portege Z830 yang telah di rembat ketika rumah dipecah masuk. Memang kekok berhijrah ke Macbook Air ni almaklum dah bertahun guna macam-macam versi Sony dan terbaru Toshiba jadi terpaksalah panggil sifu Macbook untuk buat kelas khas. Suatu yang agak pelik semasa 5 penyamun tu geladah rumah, diaorang ambik iPhone 4S tetapi tinggalkan iPad Baru yang hanya terletak sebelah iPhone tersebut. Itulah namanya rezeki ditetapkan ALLAH SWT. iPhone 4 dan iPhone 4S dah lesap tapi nak tunggu iPhone 5 lama lagi pulak. Banyak sumber mengatakan iPhone 5 production sudah bermula dan sudah banyak blog gadget yang telah membuat iPhones 5 Countdown. Website e-Commerce terbesar China Taoboa telah membuka pre-order untuk iPhone 5. Terasa macam dah tak lama lagi je iPhone 5 ni nak keluar tetapi Apple belum pun buat apa-apa pengumuman. Tapi kalau nak tunggu iPhone 5 keluar pasti ramai yang ada masalah untuk contact aku … nampaknya kena angkat iPhone 4s jelah dulu. baca lanjut : http://denaihati.com/iphone-5-countdown
TUGASAN DALAM PERADUAN GAJET iPHONE5 ANJURAN DENAIHATI
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah lebih sebulan aku menggunakan iPhone 5 memang ada kelainan dengan siri iPhone yang sebelumnya. Guna iPhone 5 sorang-sorang macam tak best je tapi kalau nak kongsi dengan semua, ramai sangat pulak yang berminat pasti tak termampu. Untuk itu aku akan membuat pemilihan berdasarkan tugasan yang disediakan. Rakan Blogger yang berjaya dalam tugasan yang disediakan akan berjaya mendapat iPhone 5 impian. baca lanjut : http://denaihati.com/iphone-5-gadget-impian
anda juga ingin menyertainya ? boleh, klik link di atas. mari sama2 beri sokongan sesama blogger. TAHNIAH denaihati kerana mengadakan peraduan ini. selamat tahun baru hijrah.

2

 
Design by Automotive | Bloggerized by Free Blogger Templates | Hot Deal