ETNIK UIGHUR : saudara seagama yang sedang menderita




Hampir separuh daripada 20 juta penduduk Xinjiang adalah Uighur, sementara penduduk Urumqi, yang terletak kira-kira 3,300 kilometer di barat Beijing, sebahagian besarnya adalah masyarakat China Han.
Golongan Uighur yang membantah penahanan saudara mara mereka turut bertempur dengan polis. Ramai wanita menjerit-jerit dan menunjukkan kad pengenalan suami, abang atau anak lelaki mereka yang ditahan beramai-ramai dalam tindakan yang menyusuli
rusuhan di Urumqi, Ahad lalu.
Di samping Tibet, Xinjiang adalah kawasan paling sensitif dari segi politik di China dan di kedua-dua tempat, kerajaan mengekalkan kuasanya dengan mengawal amalan budaya dan agama, sementara berjanji akan membawa kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi.
Polis antirusuhan yang bersenjatakan belantan dan penghadang menolak penunjuk perasaan daripada kawasan kependudukan Uighur, tetapi penunjuk perasaan Han itu berjaya melepasi garisan polis buat seketika.
"Suami saya ditahan polis. Mereka tidak menyatakan sebabnya. Mereka hanya membawanya," kata seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Maliya.
Polis antirusuhan menembak gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan Han dan Uighur yang bertempur di kawasan kependudukan Muslim di Xinjiang, semalam, dua hari selepas kejadian rusuhan etnik yang mengakibatkan 156 orang maut dan lebih 1,000 orang cedera.