KENANGAN SATU DEKAD, TEKAD BERJUANG



Meniti hari-hari terakhir di as-syakirin, sebuah wadah perjuangan yang mendewasakanku, sekolah yang mengajar diriku erti perjuangan. sememangnya niat asal dan awal menjejakkan kaki di assyakirin adalah untuk menimba ilmu, samada ilmu pendidikan atau ilmu pengurusan. disinilah saya berjumpa pelbagai sosok pejuang, guru, ibu bapa, pelajar dan adik serta macam-macam orang dengan fi'ilnya. disini juga saya menimba ilmu kepengurusan dan kemasyarakatan dan setelah sepuluh tahun di assyakirin, saya sudah bersedia untuk menubuhkan dan mentadbir sebuah sekolah impian dengan gaya tersendiri.

Tetapi bukan itu sebabnya, satu je. sebab saya telah bertemu dengan perniagaan yang -maybe- inilah manifestasi doa yang panjang, sepanjang sepuluh tahun. PERNIAGAAN TEPUNG GANDUM BIDARA, dalam berniaga ia adalah satu perjuangan. bayangkan bidara adalah satu-satunya syarikat melayu bumiputera islam diantara enam pengimport tepung gandum, menjual dan mengedar adalah satu tanggungjawab sosial bahkan lebih daripada itu, satu jihad ekonomi. membebaskan ummah daripada tepung yang diputihkan dengan benzoyl peroxide. Kedua- keuntungan perniagaan ini, pemilik bidara akan membeli sebidang tanah untuk all in one pendidikan integrasi, bermula darpada Tadika, Sek Ren, Sek Men, Kolej, Tahfiz dan Kem, semuanya diintegrasikan dengan ilmu wahyu. ini yang mengujakan, memberi rangsangan serta dorongan utama.

Kepada semua yang berada di dalam assyakirin, teruskan perjuangan. jangan patah semangat dek kerana onak duri dan ombak kehidupan, jangan patah hati kerana ada yang pergi pasti ada yang datang berjuang, ada juga yang ke sini hanya makan gaji. selamat berjuang. saya akan mewujudkan satu platform untuk pejuang-2 luar as-syakirin terus menabur bakti untuk sekolah tercinta.