buku novel sejarah : Sultan Muhammad Al-Fateh
"konstantinopel"
"konstantinopel"
masjid Aya Shopia
Saya diberi pinjam buku Novel Sejarah Islam ; Sultan Muhammed Al-Fateh karya Abdul LatipTalib terbitan PTS Publication oleh seorang murid saya, Arief Fikri Adri. Bersungguh-sungguh ia suruh saya memberi ulasan ringkas buku ini. Kebetulan tahun ini, guru as-syakirin 'diwajibkan' membaca tiga judul buku setahun, anggaplah ia salah satu daripadanya.
Nabi saw bersabda, "Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang KETUA YANG BAIK, TENTERA YANG BAIK dan RAKYAT YANG BAIK." Nabi Muhammad awal-awal lagi telah menegaskan akan terlukis sebuah sejarah yang hebat di Kota Konstantinopel. Antara yang pernah mencuba menaklukinya ialah Saidina Ali, Muawiyah, Sultan Sulaiman Abdul Malik, Khalifah Harun Al-Rasyid dan Sultan Murad, tetapi belum ada yang berhasil.
Seorang sahabat nabi yang disegani lagi dihormati, Abu Ayub Al-Ansari, pernah mengikuti peperangan yang diketuai Yazid bin Muawiyyah untuk menakluk konstantinopel tetapi tidak berjaya. Ketika ajalnya hampir sampai, beliau berpesan, "kuburkan aku di benteng konstantinopel kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik RAJA yang mengetuai sebaik-baik TENTERA dan sebaik-baik RAKYAT ketika mereka menakluki Konstantinopel."
Sultan Murad, ayahnya, bertanya seorang ulama terkenal, Syeikh Bayram yang sedang mengajar di Masjid Yeldrim Beyazid Kulliyesi, Bursa, "Apakah pada zaman khulafa' ar-rasyidin, bani umayyah dan bani abasiyah tiada Ketua yang Baik, Tentera yang Baik dan Rakyat yang Baik ?
"Menurut firasat hamba, bukan Tuanku yang akan menawan Konstantinopel tetapi Putera Tuanku,"
"Mana mungkin, beta tak punya putera."
"Bersyukurlah pada Allah, Tuanku bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi"
Bila Sultan Murad bertanya kepada permaisuri tentang kepastian berita tersebut,
"Sudah tiga bulan adinda tidak datang bulan." jawab permaisuri
"Alhamdulillah"
Sejak kecil, Sultan Muhammad dididik ilmu peperangan oleh Panglima Tharhan. Pernah dirotan Syeikh Al-Kurani sebab liat belajar agama. Belajar agama dengan Syeikh Bayram.
Semasa muda, maharaja konstantine mengumpannya dengan hadiah yang mahal-mahal, sekumpulan penari dan penyanyi, tetapi semuanya ditolak. Pernah dihantar ketua paderi, Zaqhanus, untuk mempengaruhi rakyat jelata, tetapi zaqhanus akhirnya yang masuk Islam.
Urban si pembat meriam, pernah bermimpi didatangi seorang lelaki tua yang menunjukkan cara membuat meriam. lelaki itu berpesan supaya senjata itu hanya boleh diberkan kepada Raja yang Baik yang mempunyai tentera yang baik. Pernah ia dipaksa oleh maharaja untuk membuat meriam tetapi ia menolak.
Rabu, 4hb Feb 1453, Sultan Muhammad menghantar lima pasukan dan setiap pasukan mengandungi 50.000 tentera yang dipimpin oleh Panglima Tharhan, Panglima Khalil Pasya, Pangliman Sulaiman Olgo, Panglima Hamzah Pasya dan Panglima Zaqhanus. Panglima Zaqhanus mengetuai 80 kapal melalui laut. yang lain melalui jalan darat yang tak pernah dilalui sesiapa, selepas dua bulan mereka sampai sari Andrianopel ke Konstantinopel pada hari Khamis, 6hb April 1453.
Keesokannya, Jumaat 7 April 1453, selepas solat subuh gema takbir menggoncang benteng Konstantinopel. mereka menyerang kota tersebut dari pelbagai sudut, termasuk dengan meriam, satu teknologi baru ketika itu. Maharaja menghantar Alexsi untuk berunding dengan sultan bagi mencapai satu gencatan senjata selama seminggu.
Masa seminggu itu digunakan sepenuhnya oleh sultan untuk membina jalan dari kawasan pantai melalui kawan berbukit Tanjung Fera hingga ke Tanduk Emas, mereka bekerja siang dan malam. mereka menebang pokok untuk dijadikan landasan. "menurut firasatku pada malam jumaat ini berlaku tiupan angin kencang dari laut ke daratan, pada masa itu kita gerakkan kapal-kapal kita." cadang syeikh syamsudin al-Wali.
Betul, sebuah demi sebuah kapal yang dipasang kain layar itu bergerak, menjelang subuh 70 kapal berjaya melepasi jerangkap samar besi yang dipasang di laut. Penduduk Konstantinopel terperanjat apabila Pelabuhan Tanduk Emas berjaya dikuasai oleh tentera sultan.
"bagaimana kapal turki boleh masuk ke Tanduk Emas !!" maharaja berang.
Apabila mereka semakin hampir dengan kota, mereka menggali terowong. Apabila maharaja tahu perkara tersebut, maharaja mengarahkan membakar terowong tersebut. Akhirnya mereka mendapat idea, membina menara yang tinggi melebihi tembok kota. menara yang diperbuat daripada kayu itu dilengkapi roda. setiap satu menara boleh dinaiki 100 tentera.
Selasa, 29 hb Mei 1453, Akhirnya Kota Konstantinopel berjaya ditakluki dengan perang tanding antara Sultan Muhammad dan Maharaja Konstantine seterusnya dengan Panglima Ardogan. "Mulai hari ini beta namakan tempat ini sebagai ISTANBUL [maknanya ISLAM KESELURUHANNYA], tegas sultan muhammad.
bacalah buku ini, nescaya akan naik semangat juangmu. allahu akbar.
Comments
Post a Comment