OFIS HIJRAH : opening ceremony

1hb November 2011, hari pertama pejabat baru Hijrah Training & Management mula beroperasi, selepas beberapa minggu proses pengubahsuaian yang menelan kos hampir RM20K . Seksyen 20 dipilih selepas tiga bulan mencari kawasan yang sesuai, kawasan ini senang diakses oleh penduduk kawasan perumahan dan pekerja2 di kawasan kilang, dua tumpuan pelanggan utama. Selepas hampir tiga tahun menumpang pejabat di kawasan perindustrian batu tiga, inilah masanya untuk berniat, berazam, bertawakal menumpukan kudrat dan visi membangunkan hijrah training lebih ke depan. Sambil mengenang kembali sahabat2 yang bersama2 memperkasa program hijrah satu masa dulu, kini hijrah mempelawa sahabat2 lama dan baru untuk 'menggunakan' ofis ini sebaik dan seoptimum mungkin. Jangan segan silu datang singgah ziarah kami di No.5B, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Jalan Singa F/20F, Off Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300 Shah Alam. Jangan lupa jenguk2 kami di facebook.com/hijrahtraining Laman blog www.hijrah-training.blogspot.com juga sudah diperbaharui selepas kena hack.