MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI & BEKAS GURU SIAS







Selepas hampir sepuluh tahun As-Syakirin mengeluarkan alumni, sebuah ajk penaja yang diberinama Jawatankuasa majlis makan malam kelab alumni SIAS dan Persatuan Bekas Guru dan Kakitangan Sekolah Integrasi As-Syakirin berjaya mengumpulkan lebih seratus orang bekas pelajar dan bekas guru sejak 2001 hingga 2010 di Kelab Shah Alam, tempat yang mempunyai nilai sejarahnya tersendiri di mata guru, pibg dan pelajar awal-awal dulu.

01/01/11, sabtu, menjadi sejarah bila majlis makan malam itu terlaksana. Objektif majlis makan malam ini ialah untuk menjadikan Kelab Alumni SIAS lebih formal, mengutip dana Kelab Alumni SIAS dan mengemukakan cadangan Persatuan Bekas Guru dan Kakitangan SIAS oleh ajk penaja.

Bayangkan, ada kita dapat mengumpulkan guru2 lama dan pelajar lama. memang meriah.
ajk yang sama akan menyusun dan mengadakan program yang lebih tersusun pada tahun 2011. Semua bekas pelajar dan bekas guru dijemput hadir. lawati blog alumni.