ERA BARU : marketing executive

1995-2000, sebelum berkhidmat di As-Syakirin, saya telah menjadi tenaga pengajar di Akademi Islam JAM’IYYAH, Seksyen 16, Shah Alam (1997-2000). Saya merakamkan penghargaan yang teramat tinggi kepada Ustaz Safwan Fathy, Pengerusi Akademi Islam Jam’iyyah, yang amat mengalu-alukan kehadiran saya di akademi, yang saya buat melalui panggilan telefon di public phone tepi jalan selepas menghantar orang rumah yang tengah sarat mengandungkan irfan, panggilan itu yang juga merupakan temuduga menjadi tenaga pengajar, saya banyak belajar dengan beliau –baik hablun minallah dan hablun minannas-. Saya juga terharu apabila sangat mengambil berat terhadap saya, tidak keterlaluan apabila beliau layak saya panggil bapa angkat. Jazakallahu khairan fiddunya wal akhirah.

Sebelum itu, saya berkhidmat di Institut Al-Qur’an dan Fardhu Ain (INSAF), Seksyen 9, Shah Alam (1996-1997) dan Institut Al-Qur’an AL-HUSNA, Kuala Besar, Kelantan (1995).

Kemasukan ke As-Syakirin, setelah mendapat pelawaan daripada Tn Hj Halim dan Pn Hjh Norishah, -jazakumullah khairan- bermula dengan temuduga oleh panel penemuduga yang diketuai oleh Ir Latip Sadali, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah DIMENTIKA di bilik yang sekarang menjadi pepustakaan, ketika itu aktiviti pengubahsuaian sedang rancak di bilik kelas dan dewan, -hanya dua bulan untuk mengubah kedai kosong menjadi tempat yang kondusif untuk menjadi sekolah, agak magic-. Selepas disahkan menjadi tenaga pengajar, kami semua dihantar berkursus di Institut Perguruan Seksyen 8 pada akhir 2000.

01 Jan 2001, saya bermula dengan mengajar di Sekolah Rendah. Selalu kena buli dengan guru senior, salah satunya dilantik sebulat suara menjadi YDP Kelab Guru As-Syakirin, saya menyifatkan sebagai ‘dua ekor gajah berebut jawatan rusa jadi mangsa’. Antara aktivtinya, sambutan hari raya di restoran sekysen 8 milik salah seorang guru ketika itu, bacaan yasin dan tahlil sebulan sekali di rumah guru bergilir-gilir dengan wang sumbangan kelab guru, sambutan hari jadi, rombongan ke rumah pengantin dan lain2.

2002, menjadi guru kelas tahun satu. Dilantik menjadi Guru Disiplin Sek Rendah, ketika itu saya mengusahakan Kem Pengawas 2H1M di sekolah, asalnya hanya pengawas kemudian ketua kelas lepas itu ajk kelas seterusnya terbuka kepada semua, program ini menjadi pemula kepada Tamrin Amal Syabab yang sekarang menjadi tradisi penting As-Syakirin dibuat dua bulan sekali. Menjadi ajk Lajnah Hafazan, bersama-2 ust Khairul dan ust Rasedi, ingat lagi kisah RM 5, biarlah macam batuk di tangga, asalkan ada batuk daripada langsung tak keluar apa2.
2003, dilantik menjadi GPK HEP. kenangan manis menjadi Guru Cemerlang 2003, setelah mendapat markah paling cemerlang daripada GPK Sek Rendah, Pn Kamarul Aini dan GPK Unit Pembangunan Modal Insan, Ust Suhaimi Abdullah. Menggantikan ust Khir, naik sekolah menengah mengajar Pendidikan Islam dan dilantik menjadi guru Hal Ehwal Pelajar, kedua-duanya diwarisi daripada ust khir. Bila menjadi HEP, saya menetapkan matlamat mesti keluarkan buku peraturan sekolah dan menjadikan pengawas sekolah menengah setaraf dengan MPP yang dinamakan BPP –Badan Perwakilan Pelajar-, bersidang macam parlimen, mempunyai jawatankuasa.

2005, dilantik menjadi Pengerusi UPI (Unit Pembangunan Insan) As-Syakirin. merangka aktiviti yang merangkumi guru dan pelajar.

2007, dilantik menjadi GPK Ko-Ku, bertekad buat sukan tahunan di Stadium Shah Alam, bila menjadi kenyataan ramai yang kata, “biar betul ?”. Betul, sewa asal RM 32,000.00, assyakirin menjadi sekolah pertama yang sewa stadium untuk sukan sewa hanya RM 1,000.00. La ni, dah ramai sekolah pakai stadium untuk sukan. Adik datang, ajak ke mukhayyam menjadi ajk makanan.

2008, masih GPK Ko-Ku, dipinggirkan atau tidak dipandang sebagai pemberi sumbangan idea. Draf rancangan SIAS jangka pendek dan jangka panjang masih lagi belum diprint, sebab takde orang yang minta dan tidak dimintapun, just preparation only.

2009, masih lagi GPK Ko-Ku, dinafikan atau tidak dipilih sebagai bulu. Draf cadangan Majlis Sambutan Sepuluh Tahun As-Syakirin masih lagi belum di dalam laptop. Mencadangkan pelbagai aktiviti grand selama sebulan di bulan sepuluh tahun 2010 sempena sepuluh tahun as-syakirin tetap menjadi cadangan sahaja.

2010, masih memegang jawatan GPK Ko-Ku. Mendapat maklumat sekolah akan berpindah hanya setelah dimaklumkan di depan semua guru, sangat terperanjat dan terkilan, sebagai guru lama tidak diajak berbincang rancangan yang sangat besar –bagi saya- atau sekurang2nya dimaklum lebih awal. Hati ini masih lagi menyayangi dan mencintai assyakirin –seolah2 ia sebahagian jiwa saya- tapi saya kena terima kenyataan yang cinta ini hanya bertepuk sebelah tangan. Dan kenyataan yang paling pahit melihat assyakirin tidak lagi wujud di deretan jalan balapan. saya yakin as-syakirin harus maju setapak kehadapan, selamat maju jaya.

30/09/10 bila saya isytiharkan, ini adalah hari terakhir saya di assyakirin, di hadapan pelajar dan guru -ada juga yang melalui telefon- ramai yang terperanjat, "biar betul, kata tahun depan??"

01/10/10 sah menjadi executive pemasaran di BIDARA FLOUR SDN BHD, selamat tinggal as-syakirin. Walaubagaimanapun saya masih lagi akan kelihatan setiap hari RABU, untuk membantu pelajar PMR, SMA dan SPM serta aktiviti pasca UPSR & PSRA.

SELAMAT MAJU JAYA ASSYAKIRIN BARU.