RAYUAN SUMBANGAN PEMBANGUNAN PUSAT DAKWAH



Ayah saya, Tn Hj Muhammad Busrawi bin Abdul Manan, setelah bersara pada bulan disember 2009, bercadang membina sebuah kompleks institusi pendidikan yang mengandungi Pusat Pendidikan Iqra' dan Al-Qur'an, Tadika Integrasi, Sekolah Rendah Integrasi, Pusat Pengajian Islam Kelas Dewasa, Pusat Pengkaderan Pendakwah Muda di kampung saya.

Setakat hari ini, fasa pertama dalam tempoh januari-ogos 2010, sudah siap surau yang boleh menampung 100 orang, boleh lah untuk mendirikan solat taraweh berjemaah, tadarus, kelas mengaji, kelas dakwah. Sempena bulan Ramadhan yang diberkati, tuan2/puan2 yang ingin menyumbang, menderma, mewaqafkan harta sila hubungi 012-2105104. jazakallahu khairal jaza'.