LAILATUL QADR : cari jangan tak cari


[bila kali terakhir kita sujud] ???

"pokok sujud'

"batu sujud"

Satu malam yang 'special' dianugerahkan oleh Allah kepada umat Islam dalam bulan Ramadhan yang ganjarannya bersamaan dengan 1000 bulan amalan. Bila malam itu terjadi ? adalah menjadi rahsia Sang Pencipta. Justeru, tugas kita untuk mencari dan mencari. Diceritakan bahawa antara tanda-tandanya ialah angin bak sepoi-2, langit sangat cantik, pokok tunduk khusyuk, pendek cerita seluruh isi alam semesta alam sedang beribadah tunduk patuh kepada Sang Pencipta.

Dalam mencari lailatul qadr, bukan dengan cara melihat pokok tunduk ke tidak, bukan dengan cara melihat langit apa dah jadi.... tetapi dengan membanyakkan amalan seperti solat sunat, membaca al-qur'an, bersedekah, berzikir, berwirid, dan banyak lagi amalan yang baik.

Rasulullah memberi 'hint', carilah di sepertiga akhir ramadhan pada malam ganjil. Inilah masanya kita memburu satu anugerah Allah yang menjadi rebutan semua umat Rasulullah.

Araz : dah cari.