KHATAM : Khatam Al-Qur'an di Bulan Ramadhan


Pagi tadi, selepas solat dua rakaat tahajjud dan tiga witir,
saya khatamkan al-Qur'an dengan bacaan ad-dhuha ke an-nas disambung 5 ayat al-baqarah.
[ di luar ramadhan saya tunaikan 2+2 tahajjud + 1 witir,
di dalam ramadhan selain taraweh + 2 tahajjud + 3 witir ]

ada lagi duapuluh hari untuk cuba mengkhatamkan al-qur'an sekali lagi,
Insya Allah, saya jadikan tradisi pribadi satu sunnah nabi ini,
tahun lepas dapat satu setengah tahun ini cuba lagi,

semoga tahun-tahun hadapan saya dapat istiqamah atau lebih baik lagi.

araz : bacaan al-qur'an akan menjadi penerang di alam kubur dan peguambela masa di'hisab' serta menjadi teman di akhirat.