Ramadhan Kariem : menggapai cinta illahi

Ahlan wa sahlan ya ramadhan, engkau lah bulan yang ditunggu-tunggu sekalian umat nabi muhammad saw, tak ketinggalan saya dan keluarga.

Ramadhan, bermaksud bulan yang panas, kerana ia boleh membakar dosa-dosa yang bersarang di dasar hati kita barangkali. Ramadhan adalah satu gelanggang yang disediakan bagi umat muhammad untuk mengumpul seberapa banyak pahala, hatta tidurpun berpahala, bermula makan pagi-pagi atau sahur, solat subuh, tadarus hingga malam berbuka, solat taraweh semuanya diganda-gandakan pahalanya.

Ramadhan didalamnya ada sebuah malam yang sangat istimewa, siapa yang dapat ia akan diberi gandaan pahala 1000 tahun [ wow - allahumma inna nas'aluka min fadhlik ] dan dipenghujungnya allah sendiri mendoakan la'allakum tattaqun : semoga kamu menjadi bertaqwa. amin.

"tak aci" kata syaitan. sebab dalam gelanggang dibuka sepanjang ramadhan, mereka kena ikat di neraka, bayangkan bagaikan gelanggan tinju lawan kita kena ikat, tumbuk lah mana-mana dia tak melawan. KO kan.
sebab itulah sepanjang ramadhan ni, senang sangat orang mengerjakan solat, bahkan solat sunat taraweh sebanyak 20 rakaat pun selamba je, [ tak lawan katakan ]. masuk je bulan berikutnya, siap, solat isya pun liat.

Ramadhan, sepuluh awalnya adalah RAHMAT (kasih sayang Allah), sepuluh yang kedua adalah MAGHFIRAH (keampunan Allah), dan sepuluh yang akhir adalah ITQUM MINAN NAR (pembebasan dari api neraka). mohon lah ketiga-tiganya.

senarionya, sepuluh malam yang pertama, surau dan masjid penuh. Sebab kasih sayang Allah melimpah ruah kepada kita. Sepuluh malam kedua, mula kurang sikit-sikit. Ramai yang tak dapat keampunan Allah. Sepuluh malam terakhir, dah ramai ontheway ke kampung dan sibuk kueh raya dan langsir raya. Ramai yang belum bebas daripada api neraka.

araz ; ya allah kami sekeluarga dan adik beradik serta rakan-rakan memohon rahmat-Mu, maghfirah-Mu dan kami berlindung daripada api neraka-Mu.