PUISI : untuk lelaki sahaja

Sempena Hari Ayah, saya membacakan sebuah puisi. Yang pernah dibacakan oleh Siti Nurhaliza di Dewan Bahasa minggu lalu. sebuah puisi karya rozais al-anamy-090908.

LELAKI YANG PATAH SAYAP KIRINYA

engkau lelaki yang patah sayap kirinya
menanggalkan baju dukamu di hamparan kenangan
melonjak dari jendela kamar yang pecah kacanya
ingin terbang menerpa bulan
sambil mengilik sebungkus impian

tak kau hirau rayuan pungguk berhiba lara
yang memilih pilu sengsara tanpa usaha
kau dengan kental semangat menjerkah gerhana
dan menahan mentari dari meminta gilirannya

terbanglah lelaki yang patah sayapnya
berpandukan tongkat paruh jentayu yang setia

kau bukan lagi lelaki yang pilu yang merenung jendela
setiap kali purnama senyum atau retak di ablik ara
kerana kau arif merisik rindu dan mentafsir cinta
dari sinar mata pemilik kejora


nota : selamat hari bapa, ayah. engkau telah banyak berjasa dan berkorban membesarkanku dan menjadikanku manusia yang berguna. sekarang giliranku untuk membalasnya. masih lagi kupinta doa restu kejayaan dunia dan akhirat daripada ayah. Ucapan selamat untuk saya juga kuterima daripada isteriku tercinta, anak-2ku, adik-2ku. terima kash.