KARNIVAL RAKYAT : promosi program spies


Karnival Rakyat 2009 anjuran Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua
telah diadakan pada 20-21 Jun 2009
di Padang Awam dan Masjid Pekan Batu 14, Hulu Langat.
Banyak aktiviti yang diadakan antaranya ; pertandingan memasak, sulaman, gubahan & kraftangan. Forum Perdana Ehwal Semasa, Pelancaran Tabung Kemanusiaan,
PESTA BUKU dan Kaunter Rakyat,
pertandingan tarik tali, program smart solat, pertandingan amal islami,

masa saya sampai tapak pameran bersama Dr Azman, hampir masuk waktu zohor, pekena dulu nasi kukus lauk ayam berempah memang mengancam
dan saya akan singgah ke sana lagi bawa kengkawan, insya allah.
lepas zuhur, program motivasi bersama ustaz zamri mantob, mari mengaji.
tak kering gusi budak-2 tu, bapak budak pun sama.
berkuda (gedeguk2) berenang (zup zup) memanah (zzzzzp tup)

disambung motivasi kecemerlangan oleh sdri Nik Nurmadihah (SPM 20A)
malamnya konsert akil hayy.

dikesempatan ini saya & dr azman buat promosi penyertaan
program SPIES BELIA ASAS
yang akan diadakan pada 4-5 julai 2009
di Nur Lembah Pangsun.


Munajat Perdana bersama Dr Badrul Amin akan diadakan pada hari jumaat, 26/6/09
di masjid batu 14 jam 7.00 malam.

Konsert Amal bersama HIJAZ dan UNIC juga akan diadakan pada
Sabtu, 27 jun 09 di Stadium Bola Sepak Kajang jam 8.00 mlm
tempahan tiket tel 019-6649266