VIRUS DAN BABI : apa iktibarnya

Virus ??? Dahulu kala, ketika Nabi Ibrahim dicabar Namrud berlawan dua lawan dua. “Aku dengan bala tenteraku dan kamu dengan bala tentera tuhanmu,” cabarnya. Nabi Ibrahimpun berdoa, “Ya Allah berilah aku bala tentera-Mu yang paling kecil iaitu nyamuk.”
“Hai Ibrahim, kalau kamu tak sebut nyamuk, AKU boleh hantar yang lebih kecil daripada nyamuk.”
Akhirnya, Namrud dan bala tenteranya kalah dengan nyamuk.
Soalnya, Lebih Kecil Daripada Nyamuk. Masa tu, zaman Ibrahim, mana ada mikroskop, mana dia tahu. Kemungkinan yang Allah maksudkan ‘lebih kecil daripada nyamuk’ tu ialah VIRUS.
Merebaknya virus H1N1 di seluruh seantero dunia sangat memeranjatkan dunia. Dunia yang makin canggih ketika ini ditunggangterbalikkan oleh angkara virus daripada badan babi. Soalnya siapakah babi ini ??
Diceritakan bahawa babi ‘ditugaskan’ untuk membersihkan bahtera Nabi Nuh yang dinodai umatnya. Sepatutnyalah jasanya tetap dikenang.
Allah, pencipta manusia dan seisi dunia, telah mengingatkan kita untuk TIDAK MENGKOMSUMSI/MAKAN haiwan satu ini dalam surah Al-Baqarah ayat 173, Surah Al-Maidah ayat 3, Surah Al-An’am ayat 145, dan Surah An-Nahl ayat 115.
Kenapa ?
[SATU] Babi dalam ilmu tabib moden dikenali sebagai transit berbagai macam parasit dan penyakit, system biochemistrynya mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya yang lain disimpan dalam tubuh. Berbeza dengan manusia yang mengeluarkan 98% asid uridnya. Lagipun praeputium babi sering bocor menyebabkan urine babi merembes ke daging. Babi memiliki back fat yang lumayan tebal tapi tahukah anda babi mudah mengalami oxidative rancidity yang tidak melayakkan untuk dimakan.
[DUA] Haiwan yang halal hendaklah disembelih sebelum dimakan. Babi tidak memiliki leher untuk disembelih bagi mengeluarkan darah. Darah tempat sarangnya segala macam penyakit. Dah Allah cipta macam tu, sebab tu haram.
[TIGA] Daging babi adalah daging yang susah dicerna oleh usus, bahkan ia boleh menaikkan tekanan darah, radang sendi, pengerasan urat nadi dan angina pectoris –dada semput. Tahun 2001, Doktor Amerika telah mengeluarkan sejenis cacing yang membiak di otak seorang perempuan. Dia suka sangat makan hamburger, cacing daripada ham tu berkembang biak di usus dan bergerak melalui peradaran darah hingga ke hujungnya –otak-. Cacing tu mati kat situ. Dia mengadu sakit kepala. Satu lagi kes, Cacing yang berkembangbiak di usus boleh mencapai 4-10 meter, jumlahnya boleh mencecah 1000 ekor. Wow. Jangan makan lah.
[EMPAT]Struktur DNA babi,menurut kajian pakar, hampir sama dengan manusia. Kalau gen babi sama macam gen manusia. Macam kanibal la pulak.
[LIMA] Apa yang kita makan akan menjadi darah daging, maksudnya mempengaruhi sifat manusia. Sifat babi ialah suka tempat yang kotor, suka makan kotoran bahkan kotorannya sendiripun disodok, haiwan yang pemalas, tidak suka mencari makanan, tidak tahan matahari, tidak lincah, makan banyak, suka tidur, tidak boleh mempertahankan diri, suka sejenis, tidak cemburukan pasangannya, mudah melupakan pasangan dan lemah. Rujuk buku Adaptive physiology on mammals and birds, A.V Nalbandov dan N.V Nalbandov). Nak ke memiliki atau menurunkan sifat di atas ke anak cucu ?? Tak Nak.
[ENAM] Tahun 1986, Konferensi Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan di Sao Paulo, Babi dikatakan sebagai Reservoir Penyakit, tempat simpanan parasit, bacteria dan virus yang berbahaya. Bukan setakat simpanan bahkan boleh memprosesnya menjadi virus yang 'baru' dengan keganasan yang baru. Kira dia ni bapak pengganas.
[TUJUH] Dalam kes biasa, virus Al (Strain H1N1 dan H2N1) tidak menular secara langsung ke manusia. Virus Al mati dalam suhu 60 darjah Celcius. Gara-gara babi, virus Avian Influenza menjadi lebih ganas dan berbahaya menjadi mutan, boleh menjadi H5N1 –yang pernah membunuh 700.000 orang pada tahun 1968.

Dengan adanya virus yang merebak dan mengganggu dunia yang leka daripada makhluk yang hina dina –babi- , akhirnya kembalilah kepada ajaran agama masing-masing. Jangan Makan Babi, Jangan Jadi Babi.

Comments