MUSIAS VIII : pengalaman yang menakjubkan

"Pemandangan Puncak Gunung Angsi, 825 m"


MUSIAS VIII, [Mukhayyam Sekolah Integrasi As-Syakirin] kali kelapan diadakan di Ulu Bendul. Dan kali kedua diadakan di Ulu Bendul. Sebab adanya fasiliti yang memuaskan dan cabaran jungle tracking yang mencabar. Tirai mukhayyam dimulakan pada hari Selasa, 26 Mei 2009, seramai (+-) 150 pelajar dan 22 guru dibantu 13 alumni bertolak menggunakan 4 buah bas persiaran dan satu lori 3 tan. Saya pula bertolak lewat, ada hal sikit.

Rabu, 27 Mei 2009, jam 10 mlm, selepas mengajar Al-Qur’an di TTDI JAYA, saya bertolak ke Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan melalui lebuhraya KLIA dan lebuhraya PLUS keluar Senawang. Cabaran seterusnya memandu melalui jalan kecil ‘bukit putus’ yang golap gulita lagi banyak hantu. Dah lah sempit, penuh dengan lori dan bas pulak, tambahan lagi masa tu ada pembinaan menyimen lereng bukit. Berderet-deret kereta, saya yang ke-40 lebih melalui selekoh sempit. Jam menunjukkan 12.02 ketika saya menjejakkan kaki di Tapak Perkhemahan Ulu Bendul, “surprise” budak2 bersorak & bertepuk-tangan, guru2 laki pula salam semut, “jangan tinggalkan kami lagi” katanya. Saya order air teh-o, thanks ajk makanan. Masa tu, Komander Mukhayam, Ir Izham tengah sibuk memberi arahan perang fasa ketiga. Rumah Hijau dibantu alumni menyorok di sebalik hutan tebal, mereka akan ditawan oleh komplot rumah merah, kuning dan biru. “Pengalaman yang mendebarkan, walaupun kita tahu, ini hanya game, tapi debarannya macam reality,” kata ustaz khairul yang fisrt-time ikut mukhayyam tahun ini, saya lantik beliau menjadi pengarah program ini. Pukul 12.15, saya mendapat baton daripada komander untuk meneruskan aktiviti, beliau akan bertolak ke shah alam pagi itu juga.
Tahun ini, kali ketujuh saya menyertai mukhayyam. Musias pertama di hutan lintang, pahang tak dapat ikut sebab demam, kali kedua di Melaka, diserap dalam urusetia/ coordinator bersama-sama ust shamsul dan ust suhaimi. Musias ketiga di Chamang Pahang, mula diberi amanah sebagai pengarah, seterusnya keempat di gunung ledang [pengalaman mendaki yang paling menyeronokkan]. Kelima di Sungai Bil, Perak, keenam di ulu bendul N9, ketujuh di Chamang lagi sekali. Dan kelapan saya dah serahkan jawatan keorang lain, dengan harapan pengalaman merancang dan mengendali dapat diteruskan oleh pewaris tahta GPK Ko-Ku. Mungkin ini mukhayyam terakhir saya sebagai GPK.


Khamis, 28 Mei 2009, Pukul 2.00 pagi, saya bunyikan siren menandakan Fasa Ketiga tamat. Tiada serangan atau serangan hendap yang mengegarkan. Bom buatan daripada telur, tepung, minyak, nila kurang digunakan. Saya memutuskan perang dilanjutkan dengan Fasa Keempat : SATU LAWAN SATU. Setiap rumah sukan menghantar lima orang yang dibekalkan dua bom, mereka saling menyerang pada jarak lima meter. Habis fasa keempat, bom ada banyak lagi, saya bunyikan siren untuk ‘pesta bom bebas’ tak kira rumah sukan, guru atau pelajar lepas gian nak baling bom. Ustaz haez terlempar bom ke kereta pengetua, tak perasan pengetua tidur dalam kereta, apalagi terperanjat lah pengetua. Ustaz zul nak lempar pelajar terkena ust zamri, ust zamri kejar dia sampai ke khemah perempuan. Sayapun jadi mangsa, tak aci pengadil jadi mangsa, habis baju saya terkena nila, bak kata pepatah ‘kerana nila banyak titik rosak baju saya’. Bila keadaan reda, pelajar balik ke khemah, tidur lena. Ada juga yang masak mi.
Pukul 3.20 pagi, hujan mula turun dan makin lebat. Saya arahkan pelajar meninggalkan khemah terutama khemah single-layer. Pelajar lelaki berpindah ke astaka, pelajar perempuan ke dewan makan atas. Adapun khemah baru, double-layer tidak terjejas. Pengetua pun melalui speaker mengarahkan pelajar yang masih dalam khemah untuk berjaga-jaga. Saya round ke khemah-khemah, ada yang khemah ditinggalkan terbuka, saya tutupkan. Ada yang lena tidur, saya kejutkan untuk berpindah. Ada yang tidur tak tutup tingkap, saya tutupkan. Saya cari seseorang, rupanya tidur lena.
Pukul 9.00, mengemaskini markah keseluruhan mukhayyam. Saya mengajar cara pengiraan markah keseluruhan. Saya kumpulkan ketua rumah sukan, memberi arahan seterusnya ; 1. Jam 10.00 pengiraan markah kebersihan khemah, sebelum ditinggalkan ke gunung khemah mesti kemas & persekitaran bersih. 2. Jam 10.45 berkumpul di dataran jihad untuk ‘stretching dan doa’ mendaki gunung. 3. Memberi soalan2 aktiviti mountering.
Pukul 11.45 bertolak menuju gunung angsi setinggi 825 m. setiba di pos pertama, saya tapis orang yang sakit jantung, orang yang sakit athma, orang yang banyak merungut dan yang pakai selipar. Sekitar 20-an orang kena balik khemah. Saya arah alumni mencari jalan baru, tanpa melintas sungai. Sukses.

Pukul 12.55 sampai ke Pos Kedua : Jeram Kak Lang. saya sujud syukur di wakaf kerana selamat sampai. Saya berucap di hadapan pelajar untuk mereka bersyukur, menjamu selera dan menunaikan solat jama zuhur & asar. Ada pula melepas letih dengan mandi sungai. Ramai guru dan pelajar kena sengat penyengat, saya jampi menggunakan pucuk daun.
Pukul 2.20 saya kumpulkan pelajar, saya ingatkan mereka bahawa pendakian seterusnya adalah mencabar, dengan kecerunan boleh menjangkau 60-80 darjah. Pelajar dan guru yang tidak meneruskan pendakian, saya lepaskan menuju ke khemah jam 2.20 ptg, saya hantar alumni di depan dan belakang rombogan ini. Pelajar dan guru yang meneruskan perjalanan [ada juga tercabar agaknya] saya lepaskan pada pukul 2.40 dengan syarat mesti berpatah-balik pada pukul 3.15 dan mesti sampai di jeram kak lang pada pukul 4.00 ptg. Saya bersama 3 alumni, berada di belakang menuju ke puncak gn angsi. Saya berasa tak sedap hati, saya berlari mendapatkan ketua kumpulan untuk mengingatkan mereka perlu berpatah balik pada pukul 3.15, memandangkan pengalaman lalu, semasa balik hujan turun, jalan jadi licin dan berlumpur. Dan jika terlewat sikit, malam akan berlabuh lebih cepat di dalam hutan. Ada kejadian yang menjadikan saya terduduk dan saya putuskan untuk patah balik ke jeram kak lang… dan berendam menyejukkan hati. Minta maaf saya tak sempat jaga awak. Ramai yang tak tahu, jeram kak lang tu singkatan jeram kak langsuir.
Pukul 5.10 saya lepaskan kumpulan terakhir menuju ke khemah, dianggarkan perjalan mengambil masa 1 jam 45 minit. Tetapi turun mereka lebih laju seperti yang dijangka. Saya pun berlari seperti mengejar seseorang tapi tak jumpa. Saya menyesal tak pandang belakang. Pukul 7.00 mlm semua selamat sampai ke perkhemahan. Ir Izham sudah menunggu kedatangan kami. Kedatangan saya disambut dengan aduan pelajar yang terseliuh, anak YDP. Saya dan Ir Izham cuba memberi ubat yang terdaya, spray dan psikologi.
Pukul 7.30 mlm menunaikan solat jamak qasar maghrib dan isya. Selepas solat, KULIM [Kuliah Lima Minit] Saya terlupa nak mohon cuti kelas al-Qur’an mlm tu sepatutnya berada di TTDI Jaya.
Pukul 9.00 mlm Malam Kesenian, macam-macam ada, Pertandingan Nyanyian Solo dan Kumpulan, Teka-teki, Balas pantun, Lawak, Lupa Lirik, Persembahan Seni Bela Diri dan banyak lagi. Saya pula sibuk menyiapkan BBQ. Pukul 11.00 dua pegawai polis tangkak datang meronda kawasan, kita jamu BBQ. Rupanya baru 6 bulan berpindah ke sini, sebelum ini bertugas di jalan kebun.
Pukul 12.00 tidur kat dataran jihad bersama-sama komander & para pelajar, berbumbungkan bintang di langit, ditemani pelita disisi, good night [dijawab night…]. Tiba2, gedebuk, perutku terasa macam kena durian, rupa2nya irfan tahun 4, melabuhkan kepalanya di atas perutku. “ustaz boleh tumpang ?” pintanya. Saya tak larat nak jawab. Saya dengar dia kena marah kawan2nya. “Hei itu ustaz arifin lah !” saya teruskan tidur. Nak dapatkan rehat yang mencukupi untuk tenaga esok.

Jumaat, 29 Mei 2009 Pukul 3.10 rintik-rintik hujan menerobos mimpiku. Rupanya hujan betul. Saya terbangun dan kejutkan budak2 untuk berpindah ke astaka. Ada mengigau, ada yang tidur berjalan, ada yang tiba2 lari, hai macam2. Hilang ngantukku. Di astaka diantara pelajar yang bergulimangan, saya lihat langit, dengar cengkerik, layan perbualan adik dan sms, alangkah manisnya dan seronoknya jauh dari keserabutan kota menikmati malam keindahan & keagungan ilahi ditengah hutan yang sepi. Akhir malam yang menjadi kenangan terindah.
Alumni berjaga sepanjang malam dengan syisya-nya, mencuri bendera khemah yang leka, menggegarkan bumi ulu bendul dengan siren ketika subuh menjelma. TAHNIAH dan SYABAS kepada alumni, tahun ini ramai dan komited. Thanks for all.
Menjadi tradisi Solat Subuh dan KULIM hari terakhir dipimpin oleh Komander. Komander akan menerangkan peri pentingnya program seumpama ini dan kegunaannya di masa akan datang. Dilanjutkan senaman ringan. Tidak seperti biasa, saya mohon kepada komander untuk mengumpulkan kesemua guru buat postmortem dan markah keseluruhan. Biasanya pemarkahan saya dengan komander dan post mortem di buat di sekolah selepas cuti. Tahun ini dibuat sebaik sahaja hari terakhir menjelma, selain fresh ia juga untuk mengelakkan guru yang tak mengalami mukhayam buat ulasan berlebihan pulak. Meluat aku.
Selepas mandi, menjamah sarapan terakhir mukhayyam, saya order air tak sampai-sampai [kecik hati]. Sengaja buat awal, sebab lepas ini nak layan kerenah budak2 mengemas khemah –menyeksakan dan mengambil masa yang lama- budak Bandar paling malas mengemas. Betul tak.
Selepas sarapan, saya selesaikan semua bayaran di pejabat renjer [bayaran sewa, tandas, permit naik gunung dan lain-2]. Mungkin tahun depan kat sini lagi.
Acara meroboh khemah bermula pada pukul 11.00 dimulakan dengan tapak sebelah kanan dan khemah yang lama dulu. Masa inilah nak tengok pelajar mana yang suka menolong dan mana yang curi tulang.
Pukul 12.10 acara penutup disempurnakan oleh komander mukhayyam yang juga pengerusi lembaga pengarah, Ir Izham Hashim. Tahniah kepada pemenang2. Jumpa lagi di mukhayyam akan datang.
Nota akhir : “nak bagi first aid bas rumah biru macam cerita Hindustan la pulak. daripada bas kuning tukar ke bas hijau. dari R&R seremban ke R&R dengkil”

Comments

  1. ustz, bestla ikut MUSIAS ni.menyesal saya x ikut.akhir kata,hoooo banyak betul pengalaman.
    APA YG PENTING....................?
    KERJASAMA

    APA YG PENTING....................?
    KERJASAMA

    APA YG PENTING....................?
    KERJASAMA

    ReplyDelete

Post a Comment