KHATAM AL-QUR'AN : pendinding yang ampuh



Semalam, saya baru sahaja mengkhatamkan bacaan al-Qur'an saya kali yang ke-... (saya tak pernah kira). Bagaimana kita nak berkira dengan Allah, sedangkan Allah masih lagi tak jemu menganugerahkan rizki pada kita. Saya biasakan lepas subuh dapat satu - dua ruku'/ain/4mks. bila masuk juzuk 28, satu-dua surah sehari. Bila tiba ramadhan, saya berjanji dengan diri sendiri untuk mengkhatamkannya dalam bulan tersebut, alhamdulillah saya masih diberi peluang dan ruang untuk itu.

Sejak akhir-akhir ini saya cuba rekodkan setiap helian bacaan di al-Qur'an kecil yang saya beli cow kit, 27 okt 96 [masa saya bujang dulu]

Tarikh-tarikh khatam yang sempat ditulis ;

- 12/5/09

- 18/1/09

- 30/9/08/ 30 ramadhan 1429

- 11/8/08

- 26/1/08

Araz :"tadi saya hantar irfan pergi klinik, sebab dia terpijak serpihan kaca dan dah infection kata doktor. Doktor bagi ubat antibiotik untuknya. Mama dia perasan sebab dia ngantuk petang tadi, mungkin dah infect kat dia" allahummasyfihi syifa'an.

Comments