Pages

Friday, 8 May 2009

AZAM FARID : mengisahkan remaja masa kini




Khamis petang semalam saya menerma kiriman Novel Remaja Komik "AZAM FARID", terus daripada penulisnya Ida Rizyani Tahir-pensyarah UPM, untuk dipromosikan ke pelajar SIAS.


Novel yang telah dicetak kali ketiga dan telah ditempah oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebanyak 1092 naskhah. Novel ini mengisahkan tentang liku-liku seorang pelajar menjadi kebanggaan keluarganya untuk menjadi AL-HAFIZ dan seterusnya menjadi IMAM SOLAT TARAWIH, sesuatu yang setiap bapa inginkannya termasuk saya. saya berdoa semoga zuriat saya, ada yang menjadi Al-Hafiz beramal dengannya.


Dapatkan naskhah ini dengan harga RM 10.00 sahaja, order kat ustaz arifin. 012-3907796.


ARAZ : "saya teringat pelajar-pelajar saya, yang tasmi' di SIAS. Sdr Hasbi al-hafiz sekarang sedang menunggu panggilan ke Universiti Madinah, dia pun sering menjadi rebutan surau-surau time ramadhan. Abu Zar al-Hafiz, sekarang mengajar di As-Syakirin Cheras, Hidayah al-Hafiz masih lagi tasmi', dia mendapat tempat ketiga Musabaqah Hifzul Qur'an peringkat selangor baru-baru ini." Semoga mereka sentiasa komitmen dengan al-qur'annya.

0 comments:

Post a Comment

2

 
Design by Automotive | Bloggerized by Free Blogger Templates | Hot Deal