selamatkan bumi


Sabtu, 28 Mei 2009 jam 8.30 - 9.30 malam di Sekolah Integrasi As-Syakirin, saya dan rakan-rakan menyaksikan persembahan 'selamatkan bumi' oleh barisan pengawas Sekolah Menengah As-Syakirin.

Persembahan yang sederhana tetapi mengena, walaupun diberi notis yang amat singkat untuk membuat persembahan tersebut. As-Syakirin dua hari sebelum itu telah mendaftar di laman web earth hour malaysia sebagai sebuah sekolah yang komited dengan perkara ini. Perkara ini telah disebut lama dalam al-Qur'an, tetapi sayangnya 'omputih' yang memulakan dan mengkempenkannya, seperti kempen jangan membazir, kempen melancong ke seluruh pelusuk dunia dll.

Kita telah menyelamatkan bumi selama satu jam, dengan memadamkan api. Adakah kita hanya hidup di bumi sahaja ? So, selamatkan akhirat kita juga dengan cara 'hidupkan' api sejam sebelum subuh. tahu tak apa yang saya maksudkan. ? ? ?

Comments