HUJUNG MINGGU : -yang panjang

Sabtu, 25 April 09

7.00 pg : Lepas panaskan enjin, saya pergi pasar seksyen 6 shah alam. Macam biasa, dah ramai orang. Orang rumah pesan beli sayur [tempe ofkos], sotong, ikan sikit, daging, santan dll. Balik singgah azira restoran seksyen 10, irfan order kueh kesukaannya.

09.00 pg : Menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SIAS ke-7, 2009. Bila sampai sekolah, ada yang tegur, ustaz ni ajk menyambut tetamu ke jadi tetamu, maaf lewat sikit. Walaupun lewat buat kerja juga. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan takziah kepada Hj Suhaimi Mahmood, Pegawai SIRIM yang dilantik menjadi YDP PIBG yang baru. Tahniah. Segar lagi minggu lepas, beliau memberi tunjuk ajar pasal "Pengurusan Yang Efektif" di pejabat SIAS. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hj Mohd Nasir Khan, YDP PIBG SIAS sejak ditubuhnya PIBG SIAS, banyak yang saya pelajari daripadanya sepanjang bersama-sama beliau.

08.00 : tusyen bahasa arab di D'Kayangan. Balik tusyen tengok bola, Selangor vs Kelantan. sama kuat sama hebat, nasib bola yang bulat menyebelahi selangor. tahniah, ingat lagi zaman bambang pamungkas dulu. mga berulang. saya sokong @ rumah je.

Ahad, 26 April 09

07.00 : pagi-pagi pekena Roti Boom lima untuk tiga orang, beli kat Al-Rafi Bistro. Kedai mamak kepunyaan jiran saya.

08.30 : Basuh kereta, lama tak eksesais macam ni. kurus la sikit. Orang rumah masak @ dapur. irfan order daging masak kari.

11.00 : Temankan orang rumah bayar bil-2 dan hutang. Bayar rumah kat Effin bank dan bayar ini itu kat muamalat bank, kompleks PKNS. lenyap sudah gaji bulan ini.

12.00 : dapat berita Pelajar As-Syakirin cemerlang di Pertandingan Amal Islami peringkat zon di KAFA (Masjid) Al-Munawarah seksyen 27. Dua peserta Syarahan Bahasa Arab mendapat JOHAN -Putra dan Putri, Sah ini memang guru pembimbingnya yang cemerlang. Ustazah Amira, Dia boleh gilap pelajar biasa menjadi cemerlang, tahun lepas pelajarnya memenangi JOHAN Syarahan Bahasa Arab. Mungkin tahun ini berulang, dua sekaligus- putra putri.

02.00 : Mesyuarat Teknikal Modul SPIES Belia Tahap Satu dan Dua di pejabat Hijrah Training, Taman Perindustrian UEP. dihadiri koordinator dan fasilitator serta p.a kerja-kerja khas yang dijemput khas. Petang itu modul sangat detail dibincang, itupun tak cukup masa. mesyuarat ditangguh pada pukul 7.15 mlm. meeting seterusnya 15 Mei 09

Malam tidur terlelap. Sedapnya rehat. Nikmat yang allah bagi.

Comments