TAHNIAH Ustaz Safwan Fathy


Saya merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Penerima Anugerah Imam Al-Ghazali Sempena Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor pada tahun 1430 H iaitu Ustaz Safwan Fathy, guru saya, mentor saya, tauke saya, majikan saya, pembimbing saya, ayah angkat saya. Banyak jasa beliau yang saya kenang.

Saya pernah bekerja dengan beliau pada tahun 1997-2000 di Akademi Islam Jam'iyyah, Seksyen 16 Shah Alam. Beliau seorang yang perihatin, penyayang, penyabar dan yang paling saya tabik ialah kegigihannya mengarang, menulis baik buku, makalah, buletin dan khutbah Jumaat. Pada saya beliau seorang da'i yang serba boleh, dakwah bil kalam dan bil qalam. Memang beliau layak -bahkan sepatutnya sudah lama- untuk mendapat anugerah tersebut.

Sekali lagi syabas dan tahniah. Ampun maaf saya belum berkesempatan untuk mengucapkannya secara langsung. Insya allah dalam waktu terdekat.

Comments

  1. Ustaz safwan telah kembali ke rahmatullah pada hari jumaat jam 6.50 pm.. Sy cucu kepada ustaz safwan.

    ReplyDelete

Post a Comment