SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SIAS


Sekolah Integrasi As-Syakirin menyambut Maulidura Rasul pagi tadi, Jumaat 13 mac 09, diawali dengan Solat Dhuha berjemaah, persembahan selawat setiap Rumah Sukan di dewan seterusnya berarak daripada depan sekolah ke depan accapela pusing balik ke sekolah, ok la tu. Ini fisrt time as-syakirin berarak siap dengan baju melayu bersampin, berjubah, berbaju kurung, bunga manggar, spanduk, fuh meriah... tapi selawat tak lekang di bibir diaorang, tabik.

Acara diteruskan dengan MSN [Majlis Selawat Nabi] dipimpin oleh ustaz misbahul munir daripada Madrasah Qiraatil Qur'an, Masjid Seksyen 18, Shah Alam. memang feel.


Ada yang tanya, "ustaz apa hukum berarak ? adakah ia bid'ah, sedangkan setiap bid'ah adalah dholalah ?.

saya kata, "berarak tu satu adat, al-'urf bahasa arabnya. sebab di arab takde, negara jiranpun takde. bila ia al-'urf maka ia bukan al-'ibadah. dikatakan bid'ah apabila kategori ibadah. Jadi tidak timbul dholalah atau hasanah kerana ia bukan bid'ah dalam ibadah. Dalam hal ini berarak tidak berlaku kemaksiatan, percampuran, lagu-2pun tak ada, kata-kata kesat takde, pembaziran takde, semuanya insya allah terjaga. jadi boleh dikatakan al-'urf, tetapi apabila berarak dengan arak itu tak boleh dikatakan al-'urf. boleh faham ?

"terima kasih ustaz" dia kata.

"Allahu yubarikufik"

nak lebih gambar lawat ;

Comments