MAULIDUR RASUL ; bukan setakat birthday


Tanggal 12 Rabiul awwal adalah tarikh yang keramat, kerana satu setengah abad yang lalu, lahirlah seorang insan yang mengubah lanskap dakwah kerohanian di atas muka bumi. Lahirnya telah mengubah kegelapan agama menjadi cahaya yang terang benderang. Kelahirannya telah disebut awal oleh nabi isa a.s [al-masih] yang kedatangannya adalah sebagai nabi yang terakhir.


al-Imam Ibn Kathir dalam kitabnya, al-Bidayah wa al-Nihayah, diceritakan di dalamnya tentang kelahiran nabi Muhammad saw dengan pelbagai pendapat, ada yang berpendapat 8hb, 9hb, 12hb dan 17hb. Yang pastinya imam muslim meriwayatkan baginda dilahirkan pada hari Isnin.


Comments