KURSUS T.O.T SPIES DI PANGSUN

Belajar dengan Prof Madya Dr Supyan Hussin
melagukan "Demi Matahari"

Kem Nur Lembah Pangsun


Saya, ustaz suhaimi dan Dr Azman telah mewakili Hijrah Training & Management menghadiri Kursus Training of Trainers (TOT) SPIES yang dianjurkan oleh Sekretariat SPIES SUK dengan kerjasama Pejabat SUK Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di Nur Lembah Pangsun pada hari Jumaat-Ahad, 27-28 Feb hinggan 1 Mac 2009. Ini kali kedua saya menghadiri TOT SPIES.

Berjumpa dan berinteraksi dengan ramai tokoh-tokoh trainer yang datang dari pelbagai pelusuk ceruk Malaysia memang mengujakan. Banyak perkongsian ilmu, ilmu baru mahupun upgread ilmu sediaada. Memang ada kelainan berbanding TOT pertama dulu di ILDAS, tahun lepas.
Saya, sampai Jumaat tengah azan maghrib, diberi kunci rumah nombor 4. Bila masuk bilik dah penuh, diberi kunci Chalet Rimba. [terbayang chalet atas pokok, macam tarzan la pulak]. Rupanya macam banglo, saya bagi 3 bintang.
malam pukul 9.00, persmian oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. YB mengucapkan takziah kepada konsultan yang telah dilantik kerana selepas ini mereka akan diperhati dari segenap aspek oleh mereka yang kurang puashati. YB menekankan hasil program spies ini akan menjadikan rakyat selangor yang mempunyai 'kepedulian sosial yang tinggi.' malam itu diakhiri dengan doa selamat untuk YB yang terbang ke Dubai bagi mempromosi UNISEL.
bangun pukul 5.oo pagi, solat tahajjud dipimpin oleh Y.Bhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. saya suka 2,2,2 tahajud dan 1 witir. disambung tazkirah bertajuk 'Pendekatan Spiritual Dalam Program Latihan. hebat memang hebat. menggamit, menciut dan menambat hati pendekatan yang beliau gunakan.

riadhah pagi itu dipimpin ketua pengarah briged amal selangor, Sdr Azri, ada input-input baru dalam bersukan. tahniah.
hari Sabtu empat modul dibentang ;
9.00 pg : Pengenalan SPIES oleh Prof Madya Dr Zainal Abidin Kidam (Sekretariat EXCO)
11.00 pg : Metadologi dan Penilaian Latihan oleh En Zaharudin b Othman (Medan Hikmah)
2.30 ptg : Kaedah Mind Power Dalam Latihan oleh Dr Ahmad Yusri Bani Hashim (Groomlab)
9.00 mlm : Psikologi Pendidikan oleh Prof Madya Dr Supyan Hussin (Sekretariat EXCO)
esoknya, ahad, taklimat Briged Amal dan taklimat Program Pemantauan dan Logistik. bersurai.



Comments