Sukan SIAS '09

Tahniah kepada rumah merah.
Semalam, Ahad 1 Februari 2009, telah dengan jayanya berlangsung Temasya Sukan SIAS '09 di Stadium Mini Shah Alam. Saya, sebagai pengarah sukan, berasa lega, lapang, dan bersyukur sebab sukan dah beres [begheh]. Tahun tekanan kurang sikit, mungkin sebab tahun ini kali kelima saya jadi pengarah dan kali kesembilan saya menyertai sukan sias. Ya, baru perasan.

Tahun sukan dibuat awal, seawal minggu ketiga persekolahan, ramai yang terkejut, terperanjat, tertanya seterusnya menyokong. Minggu ketiga dimulakan dengan latihan sukan, ia juga satu cara untuk íce-breaking' sesama pelajar dan guru, sebagai sesi taáruf/perkenalan, seterusnya mengeratkan persaudaraan sesama rumah sukan, -ada juga persaingan dengan rumah lain, bermasam muka, tappi tak sampai gaduh- biasalah adat bersukan, ada yang kalah dan menang.

Dalam masa dua minggu persediaan, sempat juga kita adakan Acara Merentas Desa, bukan desapun, merentas tapak pasar pagi, ok lah tu. yang paling syok ialah pertama kalinya kita adakan PERTANDINGAN FUTSAL, kebetulan padang futsal extreem park baru je dibuka. bila kita bagitau budak-budak pasal futsal, diaorang melonjak, tak sabar-sabar. gurupun sama juga. melepas gian. Petandingan futsal dikalangan sekolah menengah lelaki, menengah perempuan, sekolah rendah tahap dua lelaki, tahap dua peempuan. rupanya diaorang memang berbakat. kita akan buat latihan futsal setiap hari jumaat minggu pertama dan ketiga mulai bulan depan. memang as-syakirin bertuah, sebab kemudahan riadah dekat, stadium dekat ( yang besar dan mini ), extreem park dekat, futsal dekat. ada yang mencadangkan kita buat pertandingan futsal sekolah-sekolah swasta shah alam, ok tu. insya allah.

Kali pertama saya jadi pengarah sukan lima tahun lalu. Saya punya ambition ialah buat sukan kat stadium utama shah alam, ramai yang terkejut. saya usahakan dan berjaya. kali kedua buat kat stadium matshusita, terima kasih kepada YDP PIBG, Tn Hj Mohd Nasir, beliau banyak membantu [beliau GM di matshusita]. kali ketiga patah balik ke stadium utama shah alam atas permintaan pengetua ketika itu. kali keempat buat di Stadium Mini atas cadangan pengetua baru, "dekat dengan kita". kali kelima (09) buat lagi di stadium mini.

Tahun 2001, saya lihat dan belajar. Tahun 2002 sukan sias di padang sias, saya mengetuai rumah merah dan menang. 2003 di padang politeknik shah alam, saya mengetuai rumah hijau dan menang. 2008 di stadium mini saya mengetuai rumah hijau dan menang. selain tahun diatas jadi pengarah tak boleh jadi ketua rumah kecuali tahun 2008 [tahun kepupusan guru lelaki].

seperti tahun-tahun lepas, saya tak melepaskan peluang menyertai acara Tarik Tali Bapa & guru. tahun special, guru & bapa lawan alumni. round pertama alumni menang, round kedua kitaorang menang dengan penangan 'henjut mengejut', round ketiga tak aci diaorang bertambah ramai last minit yang alumni dan tak alumni pun tarik. kalah lagi. saja suka-suka. ini cara kita meraikan sukan. seronok. uh sakit belakang, jap nak urut. bye.

maju lah sukan.

Comments