Mengikuti Kursus Ko-Ku Berkesan anjuran JAIS

Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor
saya lah tu, tengah khusyu' dengar apa ya ..
suasana kursus dari belakang


suasana kursus dari depan





Masa majlis penutup Tamrin Amal Syabab, tengahari Sabtu 14 Feb 09, Pengetua membisikkan sesuatu, "ustaz diminta hadir kursus ko-kurikulum berkesan di ILDAS hari isnin ini, tiga hari."
balik rumah bincang dengan orang rumah, dia kata OK tapi kenapa makluman mengejut (?)


hari isnin pagi, 16 feb 09

punchcad macam biasa, ada kerja-kerja yang perlu dibereskan sebelum pergi bercuti tiga hari, fuh seronok juga cuti tak payah fikir budak-2. saya bertolak daripada sekolah [as-syakirin, seksyen 13 shah alam] pukul 12.30 tgh


solat jamak qasar di masjid simpang lima jeram.

sampai di sana pukul 3.30 ptg, terus check in, dapat kunci dan tuala.

masuk bilik no 26 blok S. Ali, macam hotel tiga bintang ( tiga setengah )


ambil wuduk, solat tahiyyatul masjid

pukul 4.00 ptg, masuk dewan kuliah, dapatlah hujung-hujung.

4.30 rehat. minum petang.

5.00 riadah di Mini Gym, boleh hilang penat lelah dengan menghayun peralatan gym.

balik ke bilik, bila nak mandi rupa-rupanya bilik air kat luar, tarik balik setengah bintang tadi.


Makan malam, alhamdulillah makan memang sedap-sedap. ayam dan ikan tak dicatu, tiba giliran terung goreng dicatu [hebat terung dari ayam goreng]

selepas Solat Maghrib & Isya jamak qasar, masuk bilik kuliah, saya on kan komputer dan PA system, sedut-masuk [download] apa yang patut ke external harddisk (orang lain bawa pendrive atau thumbdrive, saya bawa External HD)

Ceramah kedua, disampaikan oleh Ustaz Solekhan bin Raup, Bahagian Pendidikan Islam JAIS, betajuk PELAKSANAAN KO-KURIKULUM



antara lain membincangkan

- fail meja guru ko-kurikulum

- pekeliling JAIS
- program sasaran

- program lanjutan

- taqwim amal islami

- cabaran pelaksanaan koku


Ceramah ketiga, AKTIVITI AMAL ISLAMI dan keempat, AKTIVITI SUKAN, KELAB DAN PERSATUAN disampaikan oleh Ustaz Mohd Don bin Raban, BPI JAIS.
antara lain membicangkan ;

- struktur organisasi BPI koku

- cara membuat Kertas Konsep

- syarat-syarat amal islami

- bengkel : cara penghakiman


Ceramah keempat, KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN KO-KURIKULUM oleh En Mohd Kamal bin Radiman, BPI JAIS.


- pengertian pengurusan

- sifat-sifat pemimpin berkualiti

- kerja-2 cemerlang

- pengurusan yang baik

- cabaran dan langkah mengatasinya



dua penceramah dah sebut-sebut pasal mee rebus special Pantai BNO [Bagan Nakhoda Omar], sayapun pergi cari, tak sah kalau tak merasa mee rebus special diaorang kata.

Pantai BNO kurang sesuai untuk mandi-manda disebabkan selut yang memanjang, tapi tidak mematahkan semangat beberapa orang peserta untuk menikmati zaiton mee rebus special dan minum kopi susu kambing (5 in1 ) di restoran zaiton.




ceramah kelima, PELAKSANAAN KO-KU, sambungan




8.30 pagi hari terakhir, SIDANG PLENO ISU-SU PELAKSANAAN KO-KU,

yang dibahagikan mengikut daerah.




11.00 pagi ceramah nilai oleh ustaz salehhen mokhyi, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sabak. seterusnya merasmikan Majlis Penutup.




pukul 1.10 ptg, check out daripada ILDAS menuju Shah Alam.

singgah merasa ABC dan SOTO di jalan kampung, sedap.


Comments