mengendalikan tamrin amal syabab 2009




Semalam, Jumaat-Sabtu, 13-14 Feb 2009, saya bersama-sama guru kumpulan pertama, mengendalikan program Tamrin Amal Syabab Sekolah Integrasi As-Syakirin [SIAS] siri pertama sesi 2009 di SIAS. Ajk gabungan antara guru dan pelajar senior -tingkatan 4 & 5-.
Program dimulakan jumaat selepas asar dan ditamatkan sabtu selepas zuhur.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya mengendalikan yang pertama, sebaga tanda aras. Tamrin ini dibuat empat kali setahun, dua bulan sekali. program dwi bulanan.

Slot pertama Jumaat petang, urusetia pelajar, mengendalikan Acara Mencari Harta Karun di sekitar Stadium Utama Shah Alam. Riuh rendah budak-budak. macam-macam arahan dan tugasan serta soalan yang mencabar minda dan fizikal.

Untuk program slot kedua, sebelah malam, kami menjemput Ustaz Mohd Fathan, Pengerusi Program Remaja, ISMA - Ikatan Muslimin Malaysia. banyak pengajaran yang ustaz berikan, menerusi slaid-slaid yang menyentuh hati.

Slot terakhir, sabtu pagi, Briged Amal Selangor datang mengendalikan Game Team Building. banyak game yang menyeronokkan.

tak dilupakan program utama, Qiyamullail, program yang menjadikan pelajar kuat daya tahan minda dan fizikal. tahniah pelajar-2.

saya mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada urusetia guru-2 dan pelajar. serta kepada semua pelajar yang mengikuti program ini, kamu semua adalah JUARA.

Comments