Pages

Monday, 23 February 2009

ipin & upin the movie




GENG the movie, dengan penampilan istimewa Ipin & Upin yang sedang menggamatkan pawagam di seluruh Malaysia, memang menonjolkan kemampuan bakat-bakat & teknologi tempatan yang boleh dikatakan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang putih.
saya difahamkan ini film tentang GENG bukan Upin&Ipin yang jadi hero, tapi tidak dinafikan tsunami upin&ipin lah yang menarik 1,5 juta penonton TV ke pawagam -dipaksa orang tua budak-budak ini ikut sekali- jadi sasaran 10 juta tu memang relevan. Cuba bayangkan jika ramadhan dua tahun lalu LCP tidak mengeluarkan siri pendek upin & ipin, yang jadi taruhan hanya teknologi je lah.

betul ke ada hantu di kampung ni tok dalang ? tanya wartawan membuka cerita.

pada masa yang sama cucu tok dalang [badrul] dan kawannya [lim] memang merancang 'balik kampung' untuk merasai suasana kampung khasnya durian kampung, tapi peliknya dia TAK tahu mana rumah atuknya [dah lama kot tak balik kampung]. bila dah jumpa atuk, cucunya kena marah sebab ibubapanya tak ikut sama [tak diceritakan kenapa ?]

macam-macam halangan perjalanan, memang gamat. hebat idea tu.

tapi bila lembu [sappi] menyerupai kuda, ini dah menanamkan sesuatu pemahaman yang salah ke budak-2, jenuh nak jawap, lembu boleh buat macam tu ke ayah ?

pengalaman bermula dengan badrul dan lim ditemani rajoo pergi ke dusun durian, upin dan ipin yang mengetahui hajat mereka turut sama mengikutinya.

'nak ikuut, nak ikuuuut' jerit upin & ipin

kak ros yang mencari adik-adiknya turut tersesat dalam perjalanan balik.

Mereka bertemu opeet, makhluk dari dunia lain, yang juga tersesat.

lepas tu, ..... [ tengok sendiri, rasai sendiri... kehebatan teknologi 3D malaysia ]
selebihnya kena tengok sendiri, sokong yang original, tengok yang original, beli yang ori.

betul, betul, betul.

saya, dipaksa selepas dirayu, anak saya.
nak tengok, nak tengok !!!
sebetulnya ada sebab sendiri, sebab nama saya ipin.

0 comments:

Post a Comment

2

 
Design by Automotive | Bloggerized by Free Blogger Templates | Hot Deal