Sesi 2009

minggu ini bermulanya sesi persekolahan 2009, maka bermulalah kesibukan menguruskan hal ehwal sekolah, saya dipertanggungjawabkan -sekali lagi- menguruskan Ko-Kurikulum di Sekolah Integrasi As-Syakirin, sebuah sekolah swasta di shah alam, saya dah masuk tahun ke sembilan di sekolah ini, saya telah menyaksikan -ada ketikanya terlibat- pelbagai kerenah hidup dan menghidupkan sekolah ini. Ya, sekolah ini sah macam saya punya, walaupun hanya perasan dan perasaan saya je, dan realitinya memang tak boleh saya memilikinya. pernah satu ketika dulu saya tumpukan seluruh/ sebahagian hidup ini -memerah otak dan kudrat- untuk sekolah ini sehinggakan satu peringkat seorang doktor pakar menasihatkanku untuk 'berpada-pada' dalam bekerja. sebelum saya jumpa doktor pakar tsb, dah banyak kali jumpa doktor klinik, beliau mengesahkan pelbagai penyakit dalam diri ini ; gout, paru-2, darah tinggi, dll. rupa-rupanya, badan ini suruh I berehat sikit.

2009 .. saya masih lagi bersemangat, misi & visi, menjadikan ko-ku as-syakirin disegani dan dicontohi, boleh ke ? SIAS boleh !!! three four

Comments